" Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari."
~Umar al-Khattab
Diari Kenangan Terindah
Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah
Hari ini,
aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.
Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri) p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...
It's Something No One Can Replace
It's Something Of Emaculate Grace.
You're My Friend Through Thick and Thin, My Favourite Person That Makes Me Grin.
My Buddy, Through Good Times And Bad
You Always Stood By Me When I Was Sad.
You Picked Me Up When I Was Low,
Your Friendship And Love Will Always Grow.
I Would Give Up the World,
If Friends We Could Be,
You Know You Mean The World to Me.
We Love You All ...
Dalam kesempitan waktu, tak sempat aku nak menitipkan sesuatu sempena hari yang paling bersejarah dalam hidup yang bernama "AKU". Setelah berhempas pulas hampir 3 tahun dengan jerih penat disulam dengan pengorbanan suka duka, akhirnya aku dan isteri telah selamat menikmati segulung ijazah bersama. TAHNIAH.... buat semua yang terlibat dalam ini cerita...p/s - Salah satu faktor kesibukan ini ialah kuliah master yang telah pun bermula... Eh... dah nak masuk semester kedua pulok.....
"Eh, kenapa pulak kau masuk pusat? " Inilah antara kata-kata kawan-kawan yang terkejut & bertanya tentang aku sekitar 19-27 Nov 2008. Sebenarnya pada tarikh itu aku ke Kelantan atau lebih spesifik ke Pusat Serenti (wanita) Bachok. Di sana aku bersama kengkawan yang terlibat membantu melaksanakan Modul Pemulihan Dadah bagi penghuni wanita.
Hai, nasib baik tak sangkut dengan Mek Siam....opsss.
Pada 14 November yang lalu aku telah menyertai Sayembara Mencipta Lagu Puisi anjuran DBP dengan kerjasama RTM. Ianya satu permulaan yang baik setelah aku berhenti hampir 3 tahun dari dunia penciptaan lagu. Syukur kepada Allah dengan pemberian nikmat ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan & taulan yang sudi hadir dalam memberi sokongan. Tidak lupa juga buat Abang Long (Jafry Daksina) yang sudi hadir walaupun sibuk dengan jadual kerja harian serta Bob (akustika) yang sudi jadi tukang nyanyi untuk ciptaan kali ini. Cayalah bro....
Untuk semua, doakanlah moga-moga terlahirnya ciptaan yang akan menambat hati-hati 'mereka' untuk tahun 2009. InsyaAllah.
Seorang posmen yang datang menghantar kad hari raya...
Posmen: "Assalamualaikum"
En. Faridah: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Faridah ye?
En. Faridah: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Faridah: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos kan aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"
Wahai insan...renungkah dikau tentang nasib diri?
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati ?
wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi?
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali.
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti.
Andai... kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu, merayu, memohon kepada-NyaTuhan yang satu.
Andai kau tahu... ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
dalam damai khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini... Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau syairkan...bakal kau dendang.
Andai kau tahu ini Ramadhan... terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hambaMu ini.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan dengan kesungguhan taqwa
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
memperkemaskan diri rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izraildengan wajah tenang
di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman .
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu
semoga bakal mewangi kehidupan kami di sana nanti.
Namun teman...
tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belasNya.
Dan... andai benar ini Ramadhan terakhir,
ampunkanlah segala dosa
maafkanlah semua kesalahan
moga kita dijemput kehadapanNya dengan senyum dan berlapang dada.
Hampir lapan tahun aku tak mendengar berita mamat ni....Hizandie Shuaib merupakan seorang sahabat akrab dan merupakan junior aku di IBMM (Institut Bahasa Melayu Malaysia) suatu ketika dulu. Namun, kini beliau sedang menyambungkan pengajian dalam pengkhususan bahasa Jepun di Tokyo Japanese Language Education Center, Japan . Tapi yang peliknya, bahasa Melayu dia pun tak pernah nak betul.... Jangan marah ya & semoga berjaya bro... Oh ya, jangan lupa ajar orang Jepun macam mana makan belacan.
p/s - Sebagai penghormatan aku dedikasikan gambarnya di laman Suara Sang Minda kali ni.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.