Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Dec 2, 2008

Sayembara Mencipta Lagu Puisi

Pada 14 November yang lalu aku telah menyertai Sayembara Mencipta Lagu Puisi anjuran DBP dengan kerjasama RTM. Ianya satu permulaan yang baik setelah aku berhenti hampir 3 tahun dari dunia penciptaan lagu. Syukur kepada Allah dengan pemberian nikmat ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan & taulan yang sudi hadir dalam memberi sokongan. Tidak lupa juga buat Abang Long (Jafry Daksina) yang sudi hadir walaupun sibuk dengan jadual kerja harian serta Bob (akustika) yang sudi jadi tukang nyanyi untuk ciptaan kali ini. Cayalah bro.... Untuk semua, doakanlah moga-moga terlahirnya ciptaan yang akan menambat hati-hati 'mereka' untuk tahun 2009. InsyaAllah.

No comments: