Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Mar 29, 2008

Satu Penampar

oleh; Zun-Nun

Mungkin ini boleh kita jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.




Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar!


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"


'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'
wallahu a'lam



Padi - Sang Penghibur

video

Businessman and Fisherman

oleh; Zun-Nun

What do you really hope to achieve in life? Read this story and you may find that what you are always hoping to achieve, you may be already have it.

There was once an American businessman who was sitting by the beach in a small Mexican village. As he sat, he saw a Mexican fisherman rowing a small boat towards the shore and noticed that the fisherman has caught a quite number of big fishes that is known to be a delicacy.

The American was really impressed and ask the fisherman, "How long does it take you to catch so many fishes?"

The fisherman reply; "Oh, just a short while."

"Then why don't you stay longer at sea and you could catch even more? The businessman was astonished.

The fisherman simply does not agree, "This is enough to feed my whole family?" he says.

The businessman then asked: "So, what do you do for the rest of the day then?"

The fisherman reply; "Well, I usually wake up early in the morning, go out to sea and catch a few fishes, then I would go back and play with my kids. In the afternoon, I will take a nap with my wife, and evening comes, I will join my buddies in the village for a drink, we played guitar, sing and dance throughout the night. My day was ever so complete and carefree."

The businessman does not agree with his way of life and offered a
suggestion to the fisherman.

"I am a PhD holder graduated from Harvard University, specialises in business management. I could help you to become a more successful person.
From now on, you have to spend more time at sea and try to catch as many fishes as possible. And when you have save enough money, you could buy a bigger boat and catch even more fishes. As you go on, you will be able to afford to buy more boats, recruit more fishermen and lead a team of your own. Soon you will be able to set-up your own company, your very own production plant for canned food and do direct selling to your distributors.At that time, you will have moved out of this village and to Mexico city, and then expand your operation to LA, and finally to New York city, where you can set-up your HQ to manage all your other branches."

The fisherman asks, "So, how long would that take? "

The businessman reply: "About 15 to 20 years"

The fisherman continued, "And after that?"

The businessman laugh heartily, "After that, you can live like a king
in your own house, and when the time is right, you can go public and float your shares in the Stock Exchange, by then you will be rich, your income will be coming in by the millions!!"

The fisherman ask, "And after that?"

The businessman says "After that, you can finally retire, you can move to a house by the fishing village, wake up early in the morning and catch a few fishes, then return home to play with the kids, have a nice afternoon nap with your wife, and when evening comes, you can join your buddies for a drink, play the guitar, sing and dance throughout the night!! "

The fisherman was puzzled, "Isn't that what I am doing now??"

So, what does one really hope to achieve in life, do we really need to work so hard in life ? What do you hope to accomplish in the end ?

Faktor Persekitaran

oleh; al-Misri

Dalam kehidupan seharian , besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula , takrif persekitaran adalah lebih luas.

Menurut Amran Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dak faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat disekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edger Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkahlaku seseo9rang individu.

Pengertian di atas jelas menunjukkan bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada pada peringkat pralahir atau selepas lahir.

Faktor-faktor persekitaran

Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Faktor pralahir

Antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut :

1. Pemakanan

Pemakanan seimbang penting demi menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

2. Kesihatan ibu

Seseorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.Sebaliknya,ibu yang menghidap pelbagai penyakit akan turut menyebabkan kecacatan bayinya seperti kecacatan mental,bisu,pekak atau buta.

3. Penyalahgunaan dadah

Amalan penyalahgunaan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa oleh bayi.Contohnya,seorang bayi yang dilahirkan cacat akibat penyalahgunaan dadah Thalidomide.

4. Faktor Rh

Pasangan suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau selepas lahir.

5. Kesan X-ray

Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seorang ibu kepada x-ray yang berlabihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.

6. Emosi ibu

Seorang ibu yang sentiasa takut,bimbang atau tertekan kemungkinan akan melahirkan bayi yang kurang sihat.

7. Umur ibu

Banyak kajian menunjukkan bahawa seorang ibu yang sudah lanjut usia kemungkinan besar akan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.Ada diantaranya merupakan anak-anak Mongoloid yang mempunyai mata sepet,petumbuhan tengkorak yang lambat dan mempunyai 47 kromosom,bukan 46 kromosom seperti terdapat pada bayi yang sihat.


Selepas lahir

Pemakanan

Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat , makanana yang seimbanag dan berzat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi seseorang individu daripada berbagai penyakit.

Keluarga

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu.Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi.Sejak lahir,kanak-kanak dilindungi,dijaga,diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya.

Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembantukan sahsiah seseorang kanak-kanak.Contohnya,seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya.kemungkinan segala permintaan kanak-kanak ini akan dipenuhi oleh ibu bapanya.Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan terlalu bergantung pada ibu bapanya.

Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapanya akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka.Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mengemukakan pendapat atau cadangan.Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif,takut dan menarik diri.Anak-anak seperti ini membesar menjadi individu yang kurang brkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan.Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak akan menerima dan memberi,bertolak ansur,berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.

Ibu bapa yang mengamalkan lindung lampau terhadap anak-anak mereka juga akan membentuk individu yang sukar berdikari. Anak-anak seperti ini tidak pernah membuat keputusan sendiri dan sentiasa diiringi ibu bapa ketika di luar sekolah.

Sedapnya Cokelat

oleh; Nur Aqilah

Tahukah Anda ?

Francisco_Louis Cailler berbangsa Swiss telah menghasilkan cokelat bar dalam tahun 1849. Manakala di Belanda pula Coenraad J. Van Hounten telah mengekstrak mentega koko dalam tahun 1859 yang telah menambah produk cokelat. Dalam tahun 1875 seorang lagi bangsa Swiss telah menemui susu cokelat.


p/s - Adakah anda meminati cokelat? Saya mempunyai seorang kawan yang memang terlalu suka cokelat. Tetapi malangnya saya tidak boleh makan cokelat....

SUARA MALAM

oleh; Zun-Nun




Gemersik suara malam

Membelai menyambut tanganku

Melamar menjadi teman


Seluruh alam umpama milikmu

Dan dulu lalu depan mata

Kau tak pernah terasa

Kini hilang dari pandangan

Kau terbayang jadi lamunan


Ingatan itu tak pernah luput dari mengenalmu

Mimpikah aku kali ini

Menatap wajah lama kudambakan

Terlerailah pilu.... rindu.....

Menjadi misteri dan kini terabdi

Ibarat cita dalam satu cinta

Untuk menguji janji ditepati

Sukarku untuk jatuh cinta

Kubukanlah bintang yang sanggup menemani

Dan bukan bulan tersinar cahayanya

Suara malam lembutnya membisik

Berkata terimalahku seadanya.


Between Friends

oleh; Nur Aqilah

It's Something No One Can Replace
It's Something Of Emaculate Grace.

You're My Friend Through Thick and Thin,
My Favourite Person That Makes Me Grin.

My Buddy, Through Good Times And Bad
You Always Stood By Me When I Was Sad.


You Picked Me Up When I Was Low,
Your Friendship And Love Will Always Grow.

I Would Give Up the World,
If Friends We Could Be,
You Know You Mean The World to Me.

p/s - Selamat hari persahabatan sedunia...

Mar 27, 2008

Dihubungi...

oleh; al-Misri
Hari ini aku dihubungi dia.....
suara dari Sang Malam...
adakah sekadar bertanya khabar?

Jauh ..... tapi dekat
rasa dekat..... tapi mengapa terasa jauh
oh ... rupanya dia masih di situ & aku pula masih di sini...
cuma mungkin jasad telah bersemadi bersama yang lain
dan masa menjauhkan lagi jarak ini.

Maka terlahirlah pahlawan baru tanah air...
dalam diam dari perut suaramu
namun, salam dengan penuh iringan doa ini
ingin kukhabar kepadanya
sejauh itu masa berlalu
Suaramu tidak pernah hilang
dan sinar keindahanmu tidak pernah akan kelam
tetap ada di sini seperti hadirnya sang siang dan malam.


* Kepada mereka yg sudi menghubungi...saya masih di sini.

Mar 19, 2008

Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah

Oleh; al-Misri

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `
"Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''


Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan
``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.


Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib,
``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui"
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.


p/s - Kepada pengunjung yang beragama Islam selamat menyambut Maulidur Rasul.

Mar 15, 2008

SEINDAH SABITAH

oleh; al-Misri

Bumi daksina ini cantiknya seindah sabitah
tanahnya yang subur dan masyarakatnya yang makmur
wadah dari kurniaan penuh luhur
dijana oleh warga dengan cahaya alti yang mahsyur
puncanya lahir dari api sebuah obor
bersama tenaga tamtama sejati para temenggong

menyinari buana dengan gempita setinggi gunung.


Di bawah lembayung langit pertiwi
telah ramai wira lahir di daerah ini
sejak dulu berganti hidup dan mati
korban dan pengorbanan, tangis sendu perjuangan
cahayanya tetap bersinar dan memukau jauhari
membakar hangus sengketa

membaja kasih dan cinta.


Daksinaku, bentengmu
sejarah budaya jiwa umat
pegang yang benar jujur disemat
terhormat maruah bersatu jiwa
bangga pinisi saujana subur budi
perisai bendera pertahanan diri.


Ya Allah Tuhan kami,
dari desa permainan ke kota kehidupan ini
kuharap damai ke hujung perjalanan
idaman rasa siang dan malam
bersatu dari cahaya iman yang bersinar

seperti sabitahMu yang tak pernah kelam.


Sang Singa

oleh; Zun Nun

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat dia, tak sempat mengangkat senapangnya. Oleh kerana tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

p/s - Moralnya jgn lupa baca doa ketika sebelum dan selepas makan, kerana singa pun baca doa sebelum makan. Kalau singa tahu kita tak baca doa sebelum makan, malu kita...

Mar 14, 2008

Azali tiada niat atasi rekod

PELAJAR CEMERLANG: Azali menggenggam tangan Quek Khai Ren selepas diumum pelajar cemerlang di Kementerian Pelajaran, di Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, Azali Azlan, mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang diumumkan semalam, mengatasi rekod 17 1A yang dipegang Nur Amalina Che Bakri dari SMK Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Azali meraih 20 1A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual.

Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 itu juga mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali dari Tikam Batu, Sungai Petani, adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007.

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, itu berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru.


“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan.

Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

SUMBER INSPIRASI: Azali dianugerahkan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 yang disiarkan dalam sisipan Skor Berita Harian


Katanya, beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan.

“Saya belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di kelas. Saya tiada sebarang jadual waktu, sebaliknya hanya belajar apabila ada semangat dan keinginan kerana bagi saya, jadual waktu memberi tekanan,” katanya.


p/s - Kita pula bagaimana? Apakah sasaran kita sebenarnya? Fikir-fikirkan....


Kisah Aku dan Kepunyaanku

oleh; Puteri Zulaikha

Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di tepi sebuah sungai. Mereka membuat istana-istana pasir, dan setiap orang mempertahankan 'istana' dengan berkata, "Ini istanaku".

Mereka mengasingkan istana-istana masing-masing dan tidak membenarkan sebarang perbuatan daripada sesiapa pun menyentuh atau merosakkan istana mereka itu.

Apabila semua istana itu telah siap, seorang budak telah menyepak sebuah daripada istana pasir kepunyaan seorang budak yang lain, dan memusnahkannya sama sekali. Apa lagi budak yang jadi pemilik istana yang dimusnahkan tersebut menjadi marah lalu menarik rambut dan memukul akan budak yang menyepak istananya sambil berteriak,

"Dia telah punahkan istanaku! Marilah tolong aku menghukumnya sebagaimana dia patut terima."

Semua budak-budak yang lain pun datang membantu. Mereka memukulnya dengan sebatang kayu dan memijaknya apabila dia jatuh terbaring di tanah......Dan tidak lama selepas itu, mereka kembali bermain dengan istana pasir masing-masing, dengan setiap orang berkata,

" Ini istana milikku; tiada siapa yang boleh mengambilnya. Awas! Jangan sentuh istanaku!"

Namun petang menjelang; hari menjadi semakin gelap dan mereka semua berfikir bahawa mereka patut kembali ke rumah. Tidak seorang pun kini peduli lagi apa akan jadi kepada istana mereka. Seorang budak memijak-mijaknya, seorang yang lain pula 'memusnahkan' istananya dengan tangannya. Kemudian mereka beredar pulang, masing-masing ke rumahnya.

~ The World's Wisdom

Mar 13, 2008

TAHAP KESEDARAN

Oleh; al-Misri

Dalam pemikiran manusia,keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

(1) SEDAR (Concious)

(2) PRASEDAR (Preconcious)

(3) BAWAH SEDAR (Unconcious)


Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.


Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.


Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike.


Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.


Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.


Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih
menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.


Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap
kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat dibereskan.


Caranya:

(1) Pendedahan

(2) Meneroka

(3) Pentafsiran


Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akamembantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.


Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.



Hadapi Saja

video by Iwan Fals Relakan yang terjadi takkan kembali Ia sudah miliknya bukan milik kita lagi Tak perlu menangis tak perlu bersedih Tak perlu tak perlu sedu sedanmu Hadapi saja Pasrah pada Ilahi hanya itu yang kita bisa Ambil hikmatnya ambil indahnya Cobalah menari cobalah bernyanyi Cobalah-cobalah mulai detik ini Hadapi saja Hilang memang hilang wajahnya terus terbayang berjumpa di mimpi Kau ajak aku untuk menari, bernyanyi Bersama bidadari malaikat dan penghuni surga Relakan yang terjadi takkan kembali Ia sudah miliknya bukan milik kita lagi Pasrah pada Ilahi hanya itu yang kita bisa Ambil hikmatnya ambil indahnya Tak perlu menangis tak perlu bersedih Tak perlu tak perlu sedu sedan itu Hadapi saja Cobalah menari cobalah bernyanyi Cobalah cobalah mulai detik ini Hadapi saja

Mar 5, 2008

Pesakit Politik dan Pakar Bedah

oleh, Nur Aqilah


Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata,
"Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membedahnya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab,
"Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juruelektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut,
"Ohh... tidak!... tidak! Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."


Pakar bedah keempat pula bersuara,
"Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barang dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam sambil menitiskan air mata apabila beliau berkata,
"Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Ramai di kalangan mereka yang tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

*
Moralnya ialah pandai-pandailah fikir sendiri...

PEMIMPIN KECIL

oleh; Zun-Nun

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH (Pemimpin)

Kelahiran seorang pemimpin dengan tangisan pertama
untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin

  1. Bertanggungjawab terhadap Allah
  2. Bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin
  3. Percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah
  4. Sentiasa berdisiplin
  5. Pandai bergaul dan tidak sombong
  6. Berpengetahuan dan berpengalaman luas
  7. Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek
  8. Berdaya saing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif
  9. Jujur dan amanah
  10. Bersikap terbuka - “open minded”
  11. Mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

ASAS-ASAS KEPIMPINAN DI SEKOLAH
  1. Mempunyai bakat semula jadi kemudian dikembangkan
  2. Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat
  3. Bijaksana dan panjang akal
  4. Berkeyakinan diri
  5. Berdisiplin, boleh diteladani dan menjadi “role model”
  6. Aktif dalam gerak kerja sekolah
  7. Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong dan disegani.
  8. Kesetiaan terhadap organisasi yang dipegang
  9. Pencapaian akademik yang baik
  10. Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum
  11. Mempunyai minat yang mendalam menjalankan tugas yang diamanahkan
  12. Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan
  13. Bijak membuat keputusan dan mampu menangani masalah

TUGAS PEMIMPIN

Bertindak sebagai PENDEDAH
Bertindak sebagai PEMBIMBING
Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
Bertindak sebagai PERANCANG
Bertindak sebagai ROLE MODEL

“Pemimpin adalah cermin pelajar lain”


ETIKA PEMIMPIN


  1. Amanah, jujur dan ikhlas.
  2. Adil dan saksama.
  3. Berani dan tegas.
  4. Berhemah tinggi dan berdisiplin.
  5. Mendampingi semua pihak.
  6. Sentiasa di hadapan “Pertama dalam semua”.
  7. Arif dan mahir tentang peraturan dan disiplin.
  8. Sentiasa menjaga maruah.
  9. Cemerlang akademik (kurikulum) dan kokurikulum.

FALSAFAH PEMIMPIN

Menukar kesempitan menjadi kesempatan
Menukar masalah sebagai cabaran
Menukar halangan kepada peluang


“Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula mengajar
dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Hendaklah ia mengajar dengan
cara perjalanan hidup sebelum mengajar dengan lidah ”
~ Mafhum Sabda Rasulullah ~

"Kami jadikan dari kalangan mereka (manusia/bangsa) beberapa pemimpin yang
membimbing (bangsa/kaum) masing-masing kepada jalan & hukum kami,
mereka harus bersikap sabar menjalankan kewajipan & yakin
dengan ayat-ayat keterangan Kami"
~ Surah As-Sajdah : 24 ~


"The real leader has no need to lead – He is content to point the way.."
"Seseorang pemimpin tulen tidak payah memimpin, sebaliknya dia harus tunjuk jalan sahaja."
~ Henry Miller ~


* Antara bahan yang telah digunakan untuk aktiviti bimbingan kepimpinan di sekolah saya tempoh hari...



Mar 4, 2008

Kamu Adalah Begitu

Oleh; Puteri Zulaikha


Ada satu peristiwa tentang seorang budak, Svetaketu Aruneya namanya telah disuruh oleh

ayahnya pergi menuntut ilmu dan menjadi seorang murid yang bijaksana. Ketika dia

berpergian dia baru berumur dua belas tahun. Selepas dia menamatkan pengajian Kitab

Vedas, dan ketika dia sudah berumur dua puluh empat tahun, dia kembali menemui

bapanya, berbangga dengan ilmu pengetahuan yang sudah dipelajari serta dengan perasaan

memandang tinggi akan dirinya sendiri.


Melihatkan keadaan ini, bapanya berkata kepadanya, Svetaketu, anakku, kamu nampaknya

memandang tinggi akan dirimu sendiri, kamu fikir kamu sudah cukup terpelajar, dan kamu

seorang yang megah. Pernahkah kamu bertanyakan perihal ilmu yang dengannya apa yang

tidak didengari itu didengari, apa yang tidak terfikir itu terfikir, dan apa yang

tidak diketahui itu diketahui?"

"Apakah ilmunya itu, wahai bapaku?" tanya Svetaketu.

"Dengan mengetahui segumpal tanah liat, anakku, semua tanah liat boleh diketahui, kerana

sebarang perbezaan hanyalah kata-kata dan hakikatnya adalah tanah liat; dan dengan

mengetahui seketul emas semua emas boleh diketahui, kerana sebarang perbezaan hanyalah

kata-kata dan hakikatnya ia hanyalah emas..."

Svetaketu berkata, "Sudah pasti guru-guruku yang terhormat tidak mengetahui akan hal ini.

Jika mereka mengetahuinya, mengapa mereka tidak mengajarkannya kepadaku?"

"Jadi, biarkan ia begitu, wahai anakku. Bawa kemari sebiji buah daripada pokok banyan

ini."

"Nah, ini buahnya, wahai bapaku."

"Pecahkannya."

"Ia sudah pecah, wahai bapaku."

"Apa yang kamu lihat di dalamnya?"

"Biji-biji yang sangat kecil, wahai bapaku."

"Pecahkan sebiji daripadanya, wahai anakku."

"Ia sudah dipecahkan, wahai bapaku."

"Apa yang kamu lihat di dalamnya?"

"Tidak ada apa-apa, wahai bapaku."

Kemudian bapanya pun berkata: "Wahai anakku, daripada zat di dalam biji yang kamu tidak

dapat lihat apa-apa di dalamnya itulah datangnya (wujudnya) sebatang pokok banyan yang

nyata ini."

"Percayalah,wahai anakku, bahawa zat yang tidak dapat dilihat dan paling sulit untuk

dijelaskan itu adalah roh kepada seluruh alam. Itulah kenyataan dan hakikat. Itulah Atman.

Kamu Adalah Begitu."



~ The World's Wisdom

KEMUNGKINAN DAN KEPASTIAN

oleh; al-Misri


Kepastian dari ini sungguh menyegerakan

kesanggupan dari sini pasti mengagumkan

apabila waad dan janji menjelang waktu

masih saja samar-samar kau bayangkan , engkau janjikan

sedangkan kami bukan lagi berteleku.


Lantaran pada kami, sinar harapan masih memberi maya

masih bertenaga dan daya dengan penuh percaya

kepadamu dan engkau semua untuk memimpin

“bukan untuk lain” daripada nas-nas yang termaterai

yang hanya kau diisyaratkan sebagai pemimpin kami.


Kiranya kini, kau pura-pura tak mengerti segala yang berlaku

di sekeliling kami yang berharap-harap cemas menunggu

kami tentu saja boleh buat “pura-pura tak mengerti”

akan datangnya suatu kemungkinan – pasti akan terjadi.


Kemungkinan dan kepastian ini hanya terserah di tangan kita sendiri

dan kepada lembaran sejarah zaman peralihan yang menanti

sedang kami “pura-pura tak ambil peduli – tak mengerti

bahawa adanya kemungkinan tersendiri yang telah dan akan terjadi”.


p/s- Selamat mengundi...