Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Showing posts with label Sebuah Hikayat (lawak). Show all posts
Showing posts with label Sebuah Hikayat (lawak). Show all posts

Feb 15, 2011

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti. "Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata. Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan. "Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

Nov 28, 2010

Tersenyum...

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?" Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir." Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?" Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"

Feb 28, 2010

TAHUN HARIMAU

Seorang pemburu bertembung dengan seekor harimau. Terperanjat dia, tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu berkumat-kamit mengati doanya, dia sempat menjeling ke arah harimau. Dia ternampak bahawa harimau itu juga sedang menadah

kedua kaki hadapannya dan berdoa.

Pemburu : "Hai harimau... kau pun sedang berdoa ke?"

Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Jan 10, 2010

Polis & Penjaga...

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan. Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?" Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir." Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?" Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"

Nov 13, 2009

Dalam Sebuah Kehidupan Manusia

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. p/s - Dalam kehidupan manusia je agaknya. Kehidupan binatang, tumbuhan & jin tak tahulah mcm mana...