Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Sep 5, 2009

Pintu Surga

video

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2 Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima." Hadith 4 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Hadith 5 Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Pada Suatu Hari

Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa yang awak baca? Isteri: Buku bank abanglah.. p/s - berjimatlah sebelum kena...

Kehadiran yang dinanti...

Penantian Malam-malam Terakhir

WHY IS YOUR BOSS STRESS?

Becoming a boss means taking high responsibility, responsible in doing the job to be succeed, in educating & progressing the staffs’ work performance, in taking care of working environment, in making relationship with other professional related to the job, also in improving his/her own knowledge and skill.

As a boss in some big company, which is not run by him/herself, the boss has other boss in his/her top level. So can be imagined that the boss isn’t only take his/her decision alone but he/she must ask permission with the boss’ boss. There he/she should manage a relationship. There he/she should get some stress over the job.

Let me tell you in clear way, as a middle level, boss can easily get stress. He/she would get 2-way direction of pressure. He/she should satisfy and give attention for both the employer and the employee. The boss actually have legal rights to take decision and action as he/she is being paid for that job and it is in his/her job description list. But it won’t always happen that simple, since the boss has to understand that the company isn’t belong to them and the employer which sometimes fussy would like to get involve in the daily operation as well.

That condition can give high tense and end-up in stress. If the boss has been filled with stress management in advance, he/she should know what medication can be taken for that situation, otherwise they stuck and become yes-man furthermore can caused dissatisfaction among the employee/staffs, why? You should bear in mind the weak can lost, who is employee anyway? They are the victim. But then still the stress is in the boss hand, because if the employee doesn’t feel comfortable with the situation they can take action by leaving the company. Unfortunately the solid team has been established so that stress condition would just ruin everything, the work, the team, the environment, leaving the boss alone taking more stress.

So by this reality, you should be exactly ready and understand how to be a boss without stress.

Info Pantang-larang dan Rasionalnya

  • Jangan makan berubah-ubah tempat, nanti berkahwin ramai

Beralih-alih tempat ketika menikmati makanan dilarang bagi mengelakkan rumah bersepah, lagipun tidak manis dipandang.

  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam, nanti kurang rezeki

Kerja membersihkan rumah seharusnya dilakukan pada siang hari. Waktu malam adalah untuk berehat dan tidur.

  • Jangan mengangkat kaki ketika meniarap, nanti ibu mati

Bagi anak gadis zaman dulu, kebanyakannya memakai kain sarung. Kalau diangkat kakinya ketika meniarap, pasti akan tersingkap dan tidak elok jika dilihat orang.

  • Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis diambil orang

Perbuatan mengetuk meja, dinding atau apa saja dalam rumah akan menimbulkan kebisingan dan mengganggu ketenteraman orang lain.

  • Jangan menjahit pada waktu malam, nanti ditimpa malang

Waktu dulu, kebanyakan rumah lama hanya diterangi api pelita pada waktu malam. Oleh itu, kerja menjahit tidak digalakkan kerana bimbang akan menyebabkan kecederaan.

  • Anak dara jangan duduk di tangga, nanti tidak laku

Bila anak dara asyik melepak di tangga saja, orang akan menganggap mereka malas membuat kerja rumah dan hanya tahu melepak saja.

  • Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah

Payung itu tempatnya di luar, kalau dibuka di dalam rumah, takut terkena pada sesiapa yang ada dan mencederakan.

  • Jangan menerima atau memberi wang pada waktu malam, nanti rezeki berkurang

Waktu malam adalah waktu untuk berehat, jadi tidak sesuai untuk berurusniaga, memberi atau membayar wang. Selain tidak mahu mengganggu waktu rehat, ia bertujuan mengelakkan kesilapan dalam mengira jumlah wang yang diberi atau diterima.

  • Nasi yang dimakan harus dihabiskan, jika tidak nasi itu akan menangis

Bertujuan mengajar kanak-kanak supaya tidak membazir makanan dan menghargai rezeki yang diberikan Tuhan.

  • Jangan makan organ dalaman haiwan (hati, pedal, limpa) nanti mudah dapat penyakit

Organ dalaman haiwan ini secara saintifiknya memang tidak elok dimakan kerana bahagian ini berfungsi dalam proses perkumuhan haiwan berkenaan.

Pendidikan, Teguran Dalam Karut

JANGAN menyanyi di dapur, jangan menaikkan kaki bila meniarap, jangan bertukar-tukar tempat ketika makan dan segala macam JANGAN lagi adalah antara pantang-larang yang menjadi bebelan orang tua. Kalau hendak disenarai dan dihimpunkan semua pantang-larang yang `melingkari’ cara hidup kebanyakan kaum di negara ini, hasilnya tentu berjela-jela. Setiap perlakuan yang dianggap negatif pasti ada saja `hukuman’ yang disertakan andaian akibat jika seseorang itu tetap berdegil melakukannya. Berdasarkan kajian tamadun manusia, pantang-larang adalah garis panduan yang menjadi amalan masyarakat terdahulu dalam mendidik anak-anak untuk memelihara tingkah-laku serta tata-susila, sesuai dengan kehidupan waktu itu yang banyak berpandu kepada adat. Kebanyakan pantang-larang ini dikatakan mempunyai hubungan dengan adat resam, hukum agama dan kepercayaan sekalipun cara penyampaiannya tidak nampak langsung kaitan baik dengan adat, hukum mahupun kepercayaan. Jangan duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul, umpamanya. Mengapa pula kalau duduk atas bantal, punggung tumbuh bisul. Jika ayat ini ditafsirkan secara langsung, memang tidak nampak logiknya, jauh sekali ada kaitan dengan hukum agama. Namun, bila diteliti, diperhalusi, bukankah bantal itu alas kepala. Bahagian paling atas pada badan dan sewajarnya `dijaga’. Tidak elok jika tempat untuk kepala ini `direndahkan’ tarafnya buat mengalas punggung. Sebenarnya, sebagai masyarakat yang kaya dengan budi bahasa dan kesantunan, pantang-larang ini adalah cara lembut untuk menyampaikan teguran atau memberi nasihat kepada orang lain. Teguran disampaikan tidak secara langsung, sebaliknya berkias. Keadaan ini juga sebenarnya menunjukkan betapa kreatifnya masyarakat dulu. Seseorang itu juga akan dianggap tidak mendengar nasihat apabila mengingkari sesuatu pantang-larang. Biarpun sebahagiannya kedengaran karut dan tidak dapat diterima logik akal, ia tidak dinafikan sebagai satu cara pendidikan yang berkesan dalam membentuk moral kanak-kanak atau remaja pada waktu itu serta diperturunkan dari generasi ke generasi. Segelintir masih ‘mempraktikkan’ amalan ini walau pada masa yang sama, kemodenan yang dilalui sedikit sebanyak melonggarkan ‘pegangan’ masyarakat terhadapnya kerana corak hidup dan tindakan mereka hari ini lebih didasari hukum logik. Hakikatnya, masih ada yang berpandu kepada pantang-larang dalam menjalani kehidupan mahupun mendidik anak-anak. Cuma dalam versi moden ini, mereka lebih berterus-terang dalam menyatakan sebab dan musabab mengapa sesuatu perbuatan itu tidak harus dilakukan. Tidak salah sebenarnya berpegang kepada pantang-larang ini jika ia sememangnya membawa kebaikan dan tidak tersasar daripada hukum agama. Mungkin wajar juga pantang-larang, segala JANGAN ini dijadikan warisan budaya sesuatu kaum, kekayaan adat resam sebagaimana kekayaan perumpamaan dan peribahasa diangkat zaman-berzaman.