Pada ketika remaja mengalami tahun-tahun akhir keremajaannya dia sepatutnya dididik mempersiapkan diri melangkah ke alam dewasa. Selalunya fasa ini merangkumi usia antara 17 hingga19 tahun. Apabila remaja menjangkau 19 dan 20 tahun, sebenarnya dia sudah berada di ambang awal dewasa. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja pada fasa ini adalah cara-cara menguruskan kehidupannya. Kemahiran sosial dan cara berinteraksi dengan masyarakat luar adalah satu tuntutan dalam dunia teknologi maklumat kini. Halaman-halaman berikutnya memaparkan beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh remaja dalam membantu mereka lebih bersedia melangkah ke alam baru.
Menjana idea
- Setiap orang yang hadir membawa dua atau pun tiga idea.
- Setiap orang mesti diberi peluang menyatakan pandangan.
- Aliran kreatif idea tidak boleh disekat.
- Perbincangan perlu difokuskan pada perkara yang dibincangkan.
- Bagi mereka yang suka berfikir seorang diri, minta mereka menulis idea mereka supaya dapat dibentangkan.
- Galakkan pemikiran lateral dan pemusnahan (breakdown) pemikiran logik.
- Kumpulkan semua idea dalam beberapa kelompok sehinggalah ia menjadi banyak kumpulan idea-idea yang berhubungan. Pendekkan senarai idea ini.


No comments:
Post a Comment