Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Mar 5, 2008

Pesakit Politik dan Pakar Bedah

oleh, Nur Aqilah


Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata,
"Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membedahnya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab,
"Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juruelektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut,
"Ohh... tidak!... tidak! Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."


Pakar bedah keempat pula bersuara,
"Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barang dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam sambil menitiskan air mata apabila beliau berkata,
"Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Ramai di kalangan mereka yang tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

*
Moralnya ialah pandai-pandailah fikir sendiri...

1 comment:

Hafifi said...

bayak betul pakar bedah..haha