Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Jan 10, 2010

Sesuatu Yang Anda Tidak Perasan @ Terfikir...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya. 11 . Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya. 13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 1 4. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Permulaan tahun, penentuan akhir tahun

Permulaan tahun bersua kembali. Kebiasaannya bersempena dengan permulaan tahun ini pelajar akan membuat keazaman dengan pelbagai janji untuk dipenuhi sepanjang tahun. Namun jika tidak disusuli dengan perancangan dan tindakan yang tepat dan berfokus maka keazaman akan lesap dan janji akan dimungkari oleh diri sendiri. Dengan erti kata yang lain perancangan di awal tahun ini akan menentukan hasilan di akhir tahun nanti.
Oleh sebab itu pelajar-pelajar harus membuat penentuan, perancangan serta hala tuju yang tepat agar ia menjadi tonggak kepada hasilan tindakan.

Dec 27, 2009

1431 H

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih di bawa orang berburu; Pemanis kata selamat datang, Awal Muharam hijrah yang baru. Ayam rintik di pinggir hutan, Nampak dari tepi telaga; Nama yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga. Buah mangga melendur tinggi, Buah kuini berangkai tiga, Hidup kita tidur dan mati, Semoga berkat hidup semua.