Dalam pemikiran manusia,keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:
(1) SEDAR (Concious)
(2) PRASEDAR (Preconcious)
(3) BAWAH SEDAR (Unconcious)
Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.
Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.
Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike.
Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.
Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.
Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih
menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.
Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap
kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat dibereskan.
Caranya:
(1) Pendedahan
(2) Meneroka
(3) Pentafsiran
Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akamembantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.
Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.
No comments:
Post a Comment