Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Mar 29, 2008

Faktor Persekitaran

oleh; al-Misri

Dalam kehidupan seharian , besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula , takrif persekitaran adalah lebih luas.

Menurut Amran Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dak faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat disekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edger Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkahlaku seseo9rang individu.

Pengertian di atas jelas menunjukkan bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada pada peringkat pralahir atau selepas lahir.

Faktor-faktor persekitaran

Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Faktor pralahir

Antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut :

1. Pemakanan

Pemakanan seimbang penting demi menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

2. Kesihatan ibu

Seseorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.Sebaliknya,ibu yang menghidap pelbagai penyakit akan turut menyebabkan kecacatan bayinya seperti kecacatan mental,bisu,pekak atau buta.

3. Penyalahgunaan dadah

Amalan penyalahgunaan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa oleh bayi.Contohnya,seorang bayi yang dilahirkan cacat akibat penyalahgunaan dadah Thalidomide.

4. Faktor Rh

Pasangan suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau selepas lahir.

5. Kesan X-ray

Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seorang ibu kepada x-ray yang berlabihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.

6. Emosi ibu

Seorang ibu yang sentiasa takut,bimbang atau tertekan kemungkinan akan melahirkan bayi yang kurang sihat.

7. Umur ibu

Banyak kajian menunjukkan bahawa seorang ibu yang sudah lanjut usia kemungkinan besar akan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.Ada diantaranya merupakan anak-anak Mongoloid yang mempunyai mata sepet,petumbuhan tengkorak yang lambat dan mempunyai 47 kromosom,bukan 46 kromosom seperti terdapat pada bayi yang sihat.


Selepas lahir

Pemakanan

Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat , makanana yang seimbanag dan berzat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi seseorang individu daripada berbagai penyakit.

Keluarga

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu.Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi.Sejak lahir,kanak-kanak dilindungi,dijaga,diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya.

Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembantukan sahsiah seseorang kanak-kanak.Contohnya,seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya.kemungkinan segala permintaan kanak-kanak ini akan dipenuhi oleh ibu bapanya.Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan terlalu bergantung pada ibu bapanya.

Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapanya akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka.Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mengemukakan pendapat atau cadangan.Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif,takut dan menarik diri.Anak-anak seperti ini membesar menjadi individu yang kurang brkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan.Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak akan menerima dan memberi,bertolak ansur,berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.

Ibu bapa yang mengamalkan lindung lampau terhadap anak-anak mereka juga akan membentuk individu yang sukar berdikari. Anak-anak seperti ini tidak pernah membuat keputusan sendiri dan sentiasa diiringi ibu bapa ketika di luar sekolah.

3 comments:

Anonymous said...

I wish not concur on it. I think polite post. Particularly the title attracted me to review the unscathed story.

Anonymous said...

Good dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.

Anonymous said...

Opulently I assent to but I think the post should secure more info then it has.