Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di tepi sebuah sungai. Mereka membuat istana-istana pasir, dan setiap orang mempertahankan 'istana' dengan berkata, "Ini istanaku".
Mereka mengasingkan istana-istana masing-masing dan tidak membenarkan sebarang perbuatan daripada sesiapa pun menyentuh atau merosakkan istana mereka itu.
Apabila semua istana itu telah siap, seorang budak telah menyepak sebuah daripada istana pasir kepunyaan seorang budak yang lain, dan memusnahkannya sama sekali. Apa lagi budak yang jadi pemilik istana yang dimusnahkan tersebut menjadi marah lalu menarik rambut dan memukul akan budak yang menyepak istananya sambil berteriak,
"Dia telah punahkan istanaku! Marilah tolong aku menghukumnya sebagaimana dia patut terima."
Semua budak-budak yang lain pun datang membantu. Mereka memukulnya dengan sebatang kayu dan memijaknya apabila dia jatuh terbaring di tanah......Dan tidak lama selepas itu, mereka kembali bermain dengan istana pasir masing-masing, dengan setiap orang berkata,
" Ini istana milikku; tiada siapa yang boleh mengambilnya. Awas! Jangan sentuh istanaku!"
Namun petang menjelang; hari menjadi semakin gelap dan mereka semua berfikir bahawa mereka patut kembali ke rumah. Tidak seorang pun kini peduli lagi apa akan jadi kepada istana mereka. Seorang budak memijak-mijaknya, seorang yang lain pula 'memusnahkan' istananya dengan tangannya. Kemudian mereka beredar pulang, masing-masing ke rumahnya.
~ The World's Wisdom
1 comment:
kadangkala kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga lupa akan kewujudan orang lain disekeliling kita...tq krn mengingatkan...
Post a Comment