Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Showing posts with label Karya (sajak). Show all posts
Showing posts with label Karya (sajak). Show all posts

Dec 5, 2011

BERFIKIR...

Niat berfikir itu satu ibadah,

Amalan berfikir itu satu tuah,

Perkataan berfikir lambang peribadi bermaruah,

Rancangan berfikir hidup mewah,

Bijaksana berfikir kerjanya menjadi mudah,

Tanpa berfikir menyesal tak sudah….

Oleh itu,…

Berfikirlah sebelum bertindak,

Dan berkatalah sesudah berfikir

May 15, 2010

Kitalah Guru Itu...

Guru kekal sebagai guru, walau berzaman ditelan waktu, walau telah ramai berjaya muridmu, guru tetap di takuk itu. Namun percayalah para guru, jasamu tetap terpahat terpaku, dilubuk hati anak didikmu, walau emas jadi tandinganmu, kau tetap teratas dan nombor SATU.

Dec 27, 2009

1431 H

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih di bawa orang berburu; Pemanis kata selamat datang, Awal Muharam hijrah yang baru. Ayam rintik di pinggir hutan, Nampak dari tepi telaga; Nama yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga. Buah mangga melendur tinggi, Buah kuini berangkai tiga, Hidup kita tidur dan mati, Semoga berkat hidup semua.