Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Feb 15, 2011

Cerita Empat Orang Pesalah

Alkisah ada empat orang yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan jenayah yang sama dan dibawa ke hadapan seorang raja yang bijaksana. Raja memandang kepada pesalah yang pertama dan bertitah, "Gantung dia." Kemudian baginda memandang kepada pesalah yang kedua lalu memerintahkan pesalah tersebut dipenjarakan seumur hidup.

Setelah memandang kepada pesalah ketiga baginda bertitah, " Dia mesti dibuang negeri." Akhir sekali baginda memandang kepada pesalah yang keempat sambil bertitah, "Beta tidak menyangka sama sekali kamu sanggup melakukan jenayah sekeji itu." Ketiga-tiga orang pesalah pun menjalani hukuman masing-masing, tetapi pesalah yang keempat itu kembali ke rumahnya dan keesokan paginya dia didapati telah meninggal dunia. Kata-kata raja tempoh hari kepadanya adalah jauh lebih berbisa daripada dijatuhi hukuman mati.

~ (Hazrat Inayat Khan)

No comments: