Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Sep 5, 2009

Pendidikan, Teguran Dalam Karut

JANGAN menyanyi di dapur, jangan menaikkan kaki bila meniarap, jangan bertukar-tukar tempat ketika makan dan segala macam JANGAN lagi adalah antara pantang-larang yang menjadi bebelan orang tua. Kalau hendak disenarai dan dihimpunkan semua pantang-larang yang `melingkari’ cara hidup kebanyakan kaum di negara ini, hasilnya tentu berjela-jela. Setiap perlakuan yang dianggap negatif pasti ada saja `hukuman’ yang disertakan andaian akibat jika seseorang itu tetap berdegil melakukannya. Berdasarkan kajian tamadun manusia, pantang-larang adalah garis panduan yang menjadi amalan masyarakat terdahulu dalam mendidik anak-anak untuk memelihara tingkah-laku serta tata-susila, sesuai dengan kehidupan waktu itu yang banyak berpandu kepada adat. Kebanyakan pantang-larang ini dikatakan mempunyai hubungan dengan adat resam, hukum agama dan kepercayaan sekalipun cara penyampaiannya tidak nampak langsung kaitan baik dengan adat, hukum mahupun kepercayaan. Jangan duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul, umpamanya. Mengapa pula kalau duduk atas bantal, punggung tumbuh bisul. Jika ayat ini ditafsirkan secara langsung, memang tidak nampak logiknya, jauh sekali ada kaitan dengan hukum agama. Namun, bila diteliti, diperhalusi, bukankah bantal itu alas kepala. Bahagian paling atas pada badan dan sewajarnya `dijaga’. Tidak elok jika tempat untuk kepala ini `direndahkan’ tarafnya buat mengalas punggung. Sebenarnya, sebagai masyarakat yang kaya dengan budi bahasa dan kesantunan, pantang-larang ini adalah cara lembut untuk menyampaikan teguran atau memberi nasihat kepada orang lain. Teguran disampaikan tidak secara langsung, sebaliknya berkias. Keadaan ini juga sebenarnya menunjukkan betapa kreatifnya masyarakat dulu. Seseorang itu juga akan dianggap tidak mendengar nasihat apabila mengingkari sesuatu pantang-larang. Biarpun sebahagiannya kedengaran karut dan tidak dapat diterima logik akal, ia tidak dinafikan sebagai satu cara pendidikan yang berkesan dalam membentuk moral kanak-kanak atau remaja pada waktu itu serta diperturunkan dari generasi ke generasi. Segelintir masih ‘mempraktikkan’ amalan ini walau pada masa yang sama, kemodenan yang dilalui sedikit sebanyak melonggarkan ‘pegangan’ masyarakat terhadapnya kerana corak hidup dan tindakan mereka hari ini lebih didasari hukum logik. Hakikatnya, masih ada yang berpandu kepada pantang-larang dalam menjalani kehidupan mahupun mendidik anak-anak. Cuma dalam versi moden ini, mereka lebih berterus-terang dalam menyatakan sebab dan musabab mengapa sesuatu perbuatan itu tidak harus dilakukan. Tidak salah sebenarnya berpegang kepada pantang-larang ini jika ia sememangnya membawa kebaikan dan tidak tersasar daripada hukum agama. Mungkin wajar juga pantang-larang, segala JANGAN ini dijadikan warisan budaya sesuatu kaum, kekayaan adat resam sebagaimana kekayaan perumpamaan dan peribahasa diangkat zaman-berzaman.

No comments: