- Jangan makan berubah-ubah tempat, nanti berkahwin ramai
Beralih-alih tempat ketika menikmati makanan dilarang bagi
mengelakkan rumah bersepah, lagipun tidak manis dipandang.
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam, nanti kurang rezeki
Kerja membersihkan rumah seharusnya dilakukan pada siang hari. Waktu
malam adalah untuk berehat dan tidur.
- Jangan mengangkat kaki ketika meniarap, nanti ibu mati
Bagi anak gadis zaman dulu, kebanyakannya memakai kain sarung. Kalau
diangkat kakinya ketika meniarap, pasti akan tersingkap dan tidak
elok jika dilihat orang.
- Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis diambil orang
Perbuatan mengetuk meja, dinding atau apa saja dalam rumah akan
menimbulkan kebisingan dan mengganggu ketenteraman orang lain.
- Jangan menjahit pada waktu malam, nanti ditimpa malang
Waktu dulu, kebanyakan rumah lama hanya diterangi api pelita pada
waktu malam. Oleh itu, kerja menjahit tidak digalakkan kerana
bimbang akan menyebabkan kecederaan.
- Anak dara jangan duduk di tangga, nanti tidak laku
Bila anak dara asyik melepak di tangga saja, orang akan menganggap
mereka malas membuat kerja rumah dan hanya tahu melepak saja.
- Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah
Payung itu tempatnya di luar, kalau dibuka di dalam rumah, takut
terkena pada sesiapa yang ada dan mencederakan.
- Jangan menerima atau memberi wang pada waktu malam, nanti rezeki berkurang
Waktu malam adalah waktu untuk berehat, jadi tidak sesuai untuk
berurusniaga, memberi atau membayar wang. Selain tidak mahu
mengganggu waktu rehat, ia bertujuan mengelakkan kesilapan dalam
mengira jumlah wang yang diberi atau diterima.
- Nasi yang dimakan harus dihabiskan, jika tidak nasi itu akan menangis
Bertujuan mengajar kanak-kanak supaya tidak membazir makanan dan
menghargai rezeki yang diberikan Tuhan.
- Jangan makan organ dalaman haiwan (hati, pedal, limpa) nanti mudah dapat penyakit
Organ dalaman haiwan ini secara saintifiknya memang tidak elok dimakan kerana bahagian ini berfungsi dalam proses perkumuhan haiwan berkenaan.
No comments:
Post a Comment