Di sekolah seorang pengetua berhadapan dengan ribuan insan yang pelbagai ragam dan personaliti. Kita tidak perlu lagi mendendangkan lagu lama cara kita dididik dahulu. Ia telah berlalu ditelan zaman. Manusia yang menimbulkan masalah di sekolah tidaklah terlalu ramai. Kesabaran dan ketenangan tetapi penuh kemahiran diperlukan dalam menghadapi manusia bermasalah di sekolah. Oleh itu, telah sampai masanya kita sebagai Pengetua berperanan sebagai seorang kaunselor di sekolah pada hari ini walaupun ada diantara sekolah kita mempunyai kaunselor sepenuh masa.
Diantara sifat seorang kaunselor yang perlu ada pada seorang pengetua ialah sedia mendengar dan sedia menolong. Dengar dahulu apa saja aduan, rintihan dan kemarahan orang lain kemudian barulah membuat pertimbangan dan keputusan, bersedialah untuk menolong apa sahaja permasalahan yang perlu kita bersama menyelesaikannya.
Daripada kemahiran mendengar kita akan dapat melahirkan kemahiran-kemahiran yang lain seperti:
- Memfrasa semula
- Merumus
- Refleksi perasaan
- Konfrontasi
- Refleksi mata
- Soalan terbuka
- Soalan tertutup
- Interpretasi
Ciri-ciri baik seorang kaunselor yang lain (termaktub dalam PERASA) ialah ‘caring, understanding, trusting, accepting, patience, positive thinking, listening, empathy dan assertive’. Selain daripada itu, pengetua juga perlu memiliki beberapa kemahiran seperti:
- Pengurusan masa
- Pengurusan diri
- Mendengar
- Pengurusan tekanan
- Membuat keputusan
- Komunikasi
- Sosial
- Menyelesi masalah
Cadangan
Untuk memantapkan pengetua menjadi seorang kaunselor, penulis mencadangkan kepada pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan supaya mengambil beberapa langkah susulan seperti:
- Mengadakan kursus pendek kemahiran kaunseling kepada semua pengetua diperingkat negeri dan daerah. Kerjasama boleh diperolehi daripada PKPSM dan Majlis Kaunselor Pelajar Negeri.
- Semua pengetua diwajib menghadiri kursus PERASA yang diperkenalkan oleh IAB.
- Pengetua perlu membuat sekurang-kurangnya satu kajian kes dalam setahun dan dibentangkan dalam perjumpaan PKPSM.
- Pengetua yang berminat dalam kaunseling perlu diberi peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
- Pengetua yang berjaya menyelesaikan masalah di sekolah dengan pendekatan kaunseling perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dan dijadikan Pengetua contoh.
1 comment:
salam.
tuan, sudah ada pengetua yang punya latar belakang kaunseling dan mengamalkan kaunseling dalam kepengetuaa beliau. rujuk pengetuasutas,blogspot.com. tk.
Post a Comment