Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Mar 17, 2009

Nadi Kalung Impian

Nafas ini aku hela dalam-dalam sebelum sampai di sini tenaga ini aku kumpulkan dalam-dalam sebagai perisai hati kerana kutahu, dugaan dan cabaran maha besar akan menanti biar patah sayap bertongkat paruh aku tetap berlapang dada di sini berterusan tanpa henti mencari dengan tenang dan akal sabar nadi kalung impian yang khabarnya sedang senyum menanti aku.

2 comments:

Anonymous said...

sungguh mendalam maksudnyer.... =)

Anonymous said...

tersentuh hati ine..