Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Jan 24, 2009

Salah Tafsir……

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
“Cuba perhatikan murid-murid. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”
Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??” Dengan penuh yakin anak murid-muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee

2 comments:

Azhar Salleh said...

Salam Suara Sang Minda,
Sebab itulah budak-budak sekarang, khususnya Melayu banyak yang minum arak, sebab nak bunuh cacing! Salah siapa? Adakah gurunya yang salah?
Selamat bertemu di alam maya! Saya berharap dan berdoa saudara Jafny sentiasa dalam perlindungan Allah. Dan saya sentiasa berdoa agar Daksina akan terus mara...!

Anonymous said...

Terima kasih cikgu.