Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Jan 29, 2009

Melamar...

Kami sebenarnya ingin melamar dia untuk adik kami yang tersayang. Dia baik dan adik kami juga tidak kurang baiknya... Tapi... selepas berusaha sedayanya mungkin tak mampu rasanya 'menawan hati' si dia yang katanya sudah berteman. Namun usaha untuk mencari teman hidup bagi adik kami yang tersayang akan tetap kami teruskan... * Semoga si dia tetap berbahagia...kami di sini tumpang gembira.

Jan 24, 2009

Sang Penghibur

Salah Tafsir……

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
“Cuba perhatikan murid-murid. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”
Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??” Dengan penuh yakin anak murid-muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee

Perhimpunan Sekolah Yang Berkesan

Sama tapi tak serupa. Apa yang sama dan apa pula yang tak serupa itu? Inilah yang hendak kita sama-sama renungkan supaya peranan sebagai 'pemimpin dan peneladan sekolah' benar-benar dapat digarap sebaik mungkin dalam usaha kita bukan sekadar menjadi 'Konduktor bas' tetapi sepatutnya menjadi 'Konduktor orkestra'.
Ramai orang terutama Guru-Guru Besar yang tidak dapat 'melihat, merenung dan mentafsir serta menterjemah' apa, mengapa, bagaimanan dan ke mana sesuatu perkara itu di dalam memastikan peraturan dan kehendak-kehendak ordinan dan peraturan persekolahan di negara ini khasnya, dan segala macam dasar dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat Pendidikan Daerah amnya.
Salah satu daripada perkaranya ialah berkaitan dengan Perhimpunan Sekolah. Walau pun hal ini bukan perkara baru tetapi malangnya banyak sekolah melihat dan menganggapnya satu perkara remeh, tidak penting, buang masa, leceh, apa benda nak isi, malah sampai ada sekolah yang didakwa tidak melaksanakan langsung perkara ini walaupun ianya menjadi salah satu 'kewajipan' sekolah yang tidak boleh ditolak begitu sahaja. Di sinilah betapa seseorang Guru Besar itu perlu bersikap sebagai 'pegawai eksekutif' yang berkesan bagi menentukan semua kehendak dan dasar pendidikan yang terangkum di dalam Pekeliling Ikhtisas itu dilaksanakan sepenuhnya bukan sekadar mematuhi secara 'membabi buta' tetapi dapat memberi impak dan kesan yang mendalam dan penuh bermakna kepada seluruh anak didik dan guru-guru di sesebuah sekolah itu.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 Tahun 1984 ini yang bertajuk "Perhimpunan Sekolah" sebenarnya telah dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 14 Jun 1984 dan surat kedua (dalam siri yang sama) bertarikh 10 September 1984. Intipati yang digariskan di dalam kedua-dua pekeliling tersebut ialah mengenai aspek masa perhimpunan dijalankan, aturcara perhimpunan dan perhatian khusus. Para 4.2 menyatakan: semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan itu dan bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan / Lagu Sekolah (jika ada) dengan betul dan penuh bersemangat.
Kemudiannya menerusi Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984; bertarikh 10.09.1984 di para 2.1 satu lagi lagu perlu dinyanyikan di dalam perhimpunan tersebut. Lagu yang dimaksudkan ialah lagu "Malaysia Berjaya". Manakala para 3 dengan jelas arahan berbunyi: "Di samping mengadakan perhimpunan mingguan, sekolah-sekolah juga adalah diminta mengadakan perhimpunan khas guru-guru dan murid-murid pada tiap-tiap hari untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Negaraku dan lagu "Malaysia Berjaya".
Perhimpunan khas tersebut hendaklah diadakan tiap-tiap hari sebelum waktu pertama bermula sama ada bagi sekolah satu sidang atau dua sidang..." Sedarkah kita akan semua kehendak pekeliling ikhtisas tersebut, dan sudahkah ianya dipraktikkan secara tekal dan bermakna? Apabila pihak pengurusan sekolah tidak memandang penting terhadap acara perhimpunan ini maka itulah sebabnya kita dengar dan lihat berapa banyak sekolah yang gagal melaksanakan bukan sahaja perhimpunan harian malah perhimpunan mingguan pun tidak dijalankan seperti yang diarahkan. Lepas itu kita dengar pula berbagai rungutan mengenainya bukan sahaja daripada pihak guru-guru bahkan daripada Guru Besar sendiri! Antara beberapa 'kelemahan' dan 'ketidakakuran' dalam mematuhi pekeliling ini adalah:
· Tidak menepati masa: ada masanya terus tidak dijalankan, atau dijalankan tak tentu masa, ada sekolah mulai perhimpunan jam 9.00 pagi! Lewat memang perkara biasa..dan tak rasa apa-apa pun. · Aturcara: terlalu ramai yang 'berucap' hinggakan ada sekolah Guru Besarnya tidak dapat pun nak berucap kerana masa sudah habis! Pelik bukan? · Mutu: murid-murid menyanyikan lagu-lagu tersebut tanpa iringan muzik, akibatnya lagu jadi rosak, lari 'tempo', tak betul melodi dan akhirnya cara menyanyi yang tidak bermutu. Apa guru Muzik tak boleh tolong ke? · Disiplin: paling buruk ada Guru Besar tidak turun dan berbaris bersama-sama murid-murid. Akhirnya guru-guru pun semuanya berada di kantin, tinggallah Guru Bertugas seorang diri mengendalikan acara. Nampaknya asal buat sudah...mutu acara dan yang paling penting 'pembentukan sahsiah diri' dan 'disiplin kendiri' langsung tidak menjadi 'agenda utama' di sekolah ini.
Aturcara Perhimpunan Mingguan Sekolah Mengikut para 3.2.1 Pekeliling Ikhtisas tersebut di atas, antara lain aturcara perhimpunan hendaklah mengandungi: Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku / dan Lagu Kebangsaan Negeri, Lagu 'Malaysia Berjaya' dan Lagu Sekolah, (jika ada); Upacara menaikkan bendera; Upacara membaca Ikrar Rukunegara; Ucapan Guru Besar; Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan. (Ikrar Taat Setia Guru dan Murid, lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa'.) ٱ
Not everything that is faced can be changed. But nothing can be changed until it is faced.

Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.
Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.
Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan. “Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”
Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.
Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.

SEDUTAN MAUT

Di pagi hening yang penuh dengan kerahmatan ini bersama sinaran sang suria memancar indah kita hela nafas panjang segar terasa sesegar sang embun pagi di hujung dedaun. Namun, kesegaran pagi yang begitu nyaman hanyalah mimpi indah yang telah berlalu sedangkan ketika ini ada antara kita semakin gah menikmati sedutan demi sedutan gas karsinogen lalu terlupa serangan kardiovaskular yang dalam diam terpasak nikotin mengembangkan ruang-ruang kanser dalam diri. Sesekali terfikir di minda apakah mereka tidak sedar propilena glikol, benzonia dan benzopirena yang teradun dalam sebuah ramuan mencetuskan ajal dek keracunannya apatah lagi plumbun dihirup disedut hari demi hari tanpa sedar sel-sel otak tidak lagi berdaya sistem saraf tidak lagi bermaya. Fikirlah untuk sekian kalinya manusia terus leka berbicara cuma memenuhi tembolok-tembolok besar keangkuhan, kesombongan, ketidak perihatinan, menelan agenda kehidupan ini dengan sedutan maut umpama mengiringi nyawa yang sedang hanyut!
* Ini adalah sajak ciptaan saya sempena Minggu Anti Merokok 2009

Perisik Terhebat

Richard Burton, perisik British era Victoria, dianggap pengembara yang tiada tandingan. Beliau mengembara ke Afrika, Asia hingga ke Timur Tengah bagi mengumpul maklumat perisikan. Kejayaan British menawan Kota Sind adalah berdasarkan laporannya. Ia juga mahir menyamar seperti meletakkan inai seluruh badannya dan mengenalkan dirinya sebagai Mirza Abdullah dari Bushira.

Kuliah ... atau...?

Kuliah master telah pun bermula. Kali ini untuk semester yang ke-2. Dengan berbekalkan markah yang ada, aku melangkahkan juga kaki ini.... Tapi kuliah-kuliah semester kali ini rasa bukan macam kuliah biasa mungkin ke sebab aku bukan berada di luar negara!
Hampas... kuliah dalam bahasa Java.... menyeksakan betul makhluk asing ni....

Manusia dan Pengetahuan

Ada banyak pohon: tidak semuanya menghasilkan buah. Ada banyak buah: tidak semuanya boleh dimakan. Juga banyak macam pengetahuan: meskipun demikian tidak semuanya berharga untuk manusia. ~ Nabi Isa a.s.

APABILA TIRAI 2008 BERLABUH

Sudah hampir sebulan kita telah berada di pentas tahun 2009, sesi persekolahan juga kembali dibuka. Para remaja yang masih di bangku sekolah kembali sibuk mengulang kaji pelajaran. Kalau ada yang berbulan madu pada tahun ini, kerana berada di Tingkatan Empat, pada tahun hadapan – harap maaf; anda perlu melakukan pecutan akhir menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada waktu cuti panjang sebelum ini, apakah yang anda lakukan? Mungkin sesetengah daripada remaja memanfaatkan cuti dengan mempraktikkan “Cuti-cuti Malaysia;” bersiar-siar ke hulu atau ke hilir. Mungkin juga ada yang sekadar melepak ke sana ke mari tanpa arah dan tujuan.
Bagi golongan ini, beringatlah. Setiap hari yang menjelma dan kita habiskan itu menandakan saat demi saat, kita semakin dekat di panggil penghadap kepadaNya dengan membawa amal dan bekal. Rebutlah masa lapang anda pada waktu cuti begini dengan meningkatkan amalan-amalan ibadah kepada Allah s.w.t., membantu ibu bapa, menambah ilmu, mencari pengalaman sebanyak mungkin dan mengulang kaji pelajaran demi mempersiapkan diri untuk tahun hadapan.
Ketika tirai tahun 2008 perlahan-lahan dilabuhkan dan semakin jauh meninggalkan pelabuhan, kita harus merenung ke dalam diri sejenak untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi saat-saat yang lebih mencabar pada tahun hadapan.
Untuk membantu anda mempersiapkan diri merenung ke dalam diri, pendekatan 4M boleh digunakan. Pendekatan 4M yang dimaksudkan ialah :
Muraqabah (memerhati kesilapan diri) Gunakan sedikit masa, renungkan dan catatkan seberapa banyak dosa, kesilapan, dan kekhilafan yang dilakukan selama ini. Mungkinkah selama ini, ada yang lalai dalam menunaikan perintah-perintah Tuhan? Mungkinkah pada tahun ini, ada yang telah melukai hati kedua orang tua yang tercinta? Mungkinkah telah beberapa kali anda melanggar amanah yang diberi – misalnya sebagai pelajar di sekolah, sepatutnya belajarlah bersungguh-sungguh, tetapi anda malas dan berfoya-foya? Muhasabah (menilai kesilapan diri) Saidina Umar r.a pernah berpesan, “Lakukanlah muhasabah pada diri sendiri, sebelum kamu semua dihisab (diperhitungkan amalanmu di akhirat nanti), juga letakkan dirimu di atas neraca (ditimbang amalannya) sebelum kamu semua diletakkan di atas neraca (di akhirat). Seseorang remaja yang bijak akan selalu bermuhasabah berhadap apa-apa jua kesilapannya. Misalnya, sesudah selepas bemuhasabah, nilaikan pula kesan dan mudarat kesilapan itu. Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukmin memberikan panduan kepada umat Islam tentang tata cara bermuhasabah. Misalnya, Imam Ghazali menjelaskan pada setiap pagi, sesudah selesai menunaikan solat Subuh, dengan penuh penghayatan, kita panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana diberikan satu-satunya nikmat yang dimiliki iaitu umur; kemudian berazamlah untuk tidak mensia-siakan setiap pemberian yang dikurniakan oleh Allah seperti pernafasan, mata, hidung, telinga, dan perut. Mu’stabah (memproses, membina strategi, dan mencari penyelesaian) Selepas bermuhasabah, kita hendaklah menyusun strategi baru untuk mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama. Jika sepanjang tahun ini, misalnya, kita telah melakukan banyak kesilapan, dosa dan noda; disamping memerangi dan menilai kesilapan dan dosa itu, kita perlu berikhtiar dan merancang strategi untuk mengelakkan daripada tercebur kembali dalam kesilapan itu. Dalam bidang pelajaran pula, mungkin sepanjang tahun ini banyak kesilapan telah anda lakukan yang menyebabkan pencapaian anda tidak menepati sasaran. Oleh itu, dalam proses bermu’stabah, susunlah strategi baru untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang. Misalnya, antara kesilapan anda sebelum ini ialah belajar hanya dua jam sehari, malu berjumpa guru bimbingan dan kaunseling apabila menghadapi masalah, dan kurang mengulang kaji pelajaran. Oleh itu, pada tahun hadapan, tambah masa belajar, rajin bertanya guru, dan tingkatkan usaha mengulang kaji pelajaran. Mujahadah (memperbaiki diri melalui perbuatan, amalan, praktis) Kemuncak segala usaha ialah mujahadah. Jika 3M yang terdahulu berorientasikan teori, M yang ke-4 berpaksikan kepada praktikal dan amali. Mujahadah bererti mengamalkan segala niat, perancangan, strategi dan teknik untuk memperbaiki diri. Generasi remaja hendaklah menjadi generasi yang tahu potensi diri dan dalam masa yang sama mengetahui kelemahan diri. Potensi yang ada hendaklah digilap supaya boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Segala kelemahan hendaklah diperbaiki supaya boleh menjadi model kepada keluarga, masyarakat dan ummah. Golongan remaja seharusnya menjadikan pendekatan 4M sebagai suatu panduan untuk menyambut ketibaan tahun baru yang bakal menjelma. Ingatlah bahawa pada ketika anda begitu gembira menyambut ketibaan tahun baru, sebenarnya ketibaan tahun baru itu menunjukkan diri anda semakin dimamah usia dan alam barzakh. Moga-moga remaja sekalian dapat mengamalkan pendekatan 4M ini sebelum mentari tahun 2009 muncul di ufuk timur!