oleh Puteri Zulaikha
Dua orang pendita sedang dalam pengembaraannya sampai ke sebuah sungai. Di situ
mereka melihat seorang gadis yang berpakaian cantik lengkap dengan segala perhiasannya,
tidak tahu berbuat apa-apa kerana air sungai sebak dan dia tidak mahu pakaiannya menjadi
rosak.
Tanpa berlengah salah seorang pendita itu mendukung gadis tersebut di atas belakangnya
lantas menyeberangi sungai itu. Sesampai di seberang gadis tersebut diletakkan di atas tanah
yang kering. Lantas kedua-dua pendita tersebut meneruskan perjalanan mereka. Tetapi
pendita yang seorang lagi itu mulai mempersoalkan tindakan rakannya yang mengendong
gadis tadi:
"Sesungguhnya adalah tidak betul menyentuh seseorang wanita; ianya melanggar
rukun mengadakan hubungan intim dengan wanita-wanita; macam mana anda
berani melanggar undang-undang yang dikenakan kepada sekalian pendita!"
Pendita yang mengendong gadis tadi terus juga berjalan tanpa bersuara, tetapi akhirnya dia berkata:"Aku telah tinggalkan dia di tepi sungai itu. Tetapi kamu masih mengendongnya lagi."
~ (The World's Wisdom)
No comments:
Post a Comment