Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Nov 13, 2009

Dalam Sebuah Kehidupan Manusia

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. p/s - Dalam kehidupan manusia je agaknya. Kehidupan binatang, tumbuhan & jin tak tahulah mcm mana...

Pahit & Manis

PAHIT BERSABAR MADUNYA REDHA..

PERIT BERUSAHA DIMANISI TAWAKAL..

LEBIH BERAMAL MENGUNTUNGKAN PAHALA..

SUSAH DIUJI BERTAMBAH TAQWA..

RINTIH MUKMIN HANYA PADA YANG ESA..

Kuasa Persistensi

Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Kalau ia sesuatu yang mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi yang bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh dikatakan "financially independent". Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan setiap tahun hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada mereka menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga. Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang terbaik kerana cepat berpuashati dengan pencapaian mereka. Ada sesetengahnya cuba melakukan lebih jauh tetapi akhirnya merasa kecewa hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya teringat baris kata-kata yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the tough get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata ini telah sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih kekuatan setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan. Dengan sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa sahaja menjadi penentu kejayaan itu.

Mother

p/s - Antara susunan melodi yang indah khas untuk mereka yang bergelar emak, ibu, umi & mother... Semoga kalian sentiasa diberkati.

SEBUAH HIKAYAT

Ini ada sebuah hikayat yang tercatat dalam buku hikmat

Kisah sebuah sekolah pondok agung lagi terhormat

Punya ilmuan yang hebat-hebat

Lapor diri dengan harapan dan cita-cita tersemat

Hari-hari silih berganti

Dalam tawa dan tangis

Dalam senyum dan bengis

Anak-anak didik sering sedih pilu

Menagih kasih dan ilmu

Kini telah banyak purnama di pentas ilmu

Banyak yang teruji dan diuji

Sehingga tiba-tiba datang bah besar

Yang bisa meninggalkan titik hitam

Dalam lautan saujana luas mata memandang

Geduk dipalu ilmuan berkumpul

Gegak gempita alam bak hari lintar memecah bumi

Para ilmuan dipanggil bersidang

Ada yang cuba menilik

Ada yang cuba melihat dan merasa

Ada yang melepas tangan

Ada yang terus berbahas

Ada yang diam dan ada yang bising

Masing-masing tertanya-tanya

Adakah ini satu musibah besar Tuhan menguji hambaNya?

Masing-masing menyalahkan

Tanpa sedar anak-anak didik memerhati

Dengan luka di hati yang pasti tidak dapat diubati

Wahai insan yang hadir

Kebahagiaan sejati tidak pernah kelihatan oleh mata

Kebahagiaan sejati itu terletak pada jiwa

Kerna manusia akan merasa kaya apabila hatinya juga kaya

Apa yang lebih penting

Bukan perselisihan yang diminta

Cuma pengadilan yang lebih saksama

Benar kata saudagar Cina ;

“Jika setiap hari pengembara naik turun gunung leka membaham

kancil, arnab dan rusa. Yakin dan percayalah, satu hari nanti dia pasti

terserempak singa “.

Membina Diri

Anda yang membina diri anda!
Anda sedih kerana anda membina kesedihan Anda marah kerana anda membina kemarahan Anda gembira kerana anda membina kegembiraan dan apa yang anda rasa adalah hasil binaan anda sendiri...
ANDA ADALAH IBARAT PENGARAH FILEM! ANDA BOLEH MEMBUATKAN DIRI ANDA DAN ORANG LAIN MERASA GEMBIRA, SEDIH ATAU TAKUT. Anda adalah sumber kuasa...

Hikmat Ilmu

Abdullah bin Mas’ud ra. berkata, “Telah bersabda Rasulullah saw: Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua hal: seseorang yang diberi oleh Allah ta’ala harta kekayaan maka dipergunakan untuk mempertahankan Al-Haqq(kebenaran), dan seseorang yang diberi oleh Allah hikmat/ilmu, maka ia mempergunakan dan mengajarkannya.” (HR Bukhari-Muslim)