Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Mar 16, 2010

Nota Khas (Dariku untukmu)

Sekolah sebagai sebuah 'learning organization' mempunyai tanggungjawab, misi dan visi serta matlamat dan halatuju, pada jangka panjangnya melahirkan manusia yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi, bersahsiah unggul dan mulia, berkemahiran, menyelesaikan masalah, serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara di peringkat local atau pun global, perlukan seorang pemimpin pendidikan yang mampu melaksanakan tugas-tugas berat ini dengan penuh semangat dan daya juang yang tinggi tanpa mengira masa dan waktu.

Di sekolah Pengetua dan Guru Besar dianggap seorang pemimpin kurikulum, pengurusan pejabat, hubungan manusia dan pembuat keputusan yang amat penting bagi menentukan kemajuan dan kecemerlangan anak didik dan organisasi sentiasa competent dan relevan dengan situasi dan isu-isu semasa. Sayangnya tidak ramai Pengetua dan Guru Besar (yang saya temui) memiliki ciri-ciri dan personaliti dan watak yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pendidikan yang berkesan di peringkat sekolah. Dari itu maka wujudlah keadaan di mana seolah-olah Pengetua dan Guru Besar lemah dan tidak berkesan dalam banyak hal walaupun dalam aspek-aspek teras kepimpinan kurikulum. Jadi tidak hairanlah berlaku situasi di mana terdapat Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan ciri-ciri kelemahan seperti berikut;

a) Tidak berani mengadakan Mesyuarat Guru kerana tidak berkeupayaan memberi penjelasan terhadap isu-isu sensitif yang ditimbulkan.

b) Tidak ada kebolehan memotivasikan guru-guru (termasuk kakitangan bukan guru) yang rendah prestasi, yang bermasalah, dan menjadi 'jelatang' kepada organisasi dan komuniti setempat.

c) Tidak ada misi dan visi atau wawasan, setiap orang bebas melakukan apa yang disukainya (salah faham kepada konsep demokrasi dan lassiez-faire).

d) Tidak mampu menggerak dan memastikan semua guru dan penolong-penolong kanan melakukan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.

e) Tidak ada kebolehan membimbing semua guru dari segi tunjuk ajar, garispanduan, hierarki tugas, sistem dan prosedur yang patut diikuti semua.

f) Tidak tegas, tidak assertive, tidak konsisten, tidak telus dan tidak mematuhi keputusan yang telah diambil dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui.

g) Kebanyakannya mengamalkan konsep 'mengharap' tetapi tidak 'menggarap' supaya sesuatu perkara benar-benar dihayati dan diamalkan oleh setiap warga sekolah kepada satu tahap yang maksimum.

Setelah berkhidmat di beberapa buah sekolah sekolah rendah dan sekolah menengah, saya cukup yakin dengan apa yang telah saya lihat, lalui dan alami, perbaiki dan perbetulkan serta yang saya fikirkan, bahawa seseorang Pengetua dan Guru Besar tidaklah semudah seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Saya temui ramai Pengetua dan Guru Besar yang 'bergaya' sebenarnya tidak 'berdaya', 'cakap tak serupa bikin', bernafsu besar dan bercita-cita tinggi tetapi sebenarnya 'tidak bertenaga', memanupulasi pengaruh dan kedudukan dan bukan sedikit pula yang 'lebihkan kerja luar' daripada memimpin guru-guru dan anak didik di sekolah.

Saya juga banyak menerima maklumbalas mengenai senario dan tingkah-laku yang tidak wajar berlaku di sekolah-sekolah terutama soal prinsip dan peraturan, soal allocated time dan enganged time yang sebenarnya dan sepatutnya menjadi prioriti pertama dan utama seseorang Pengetua dan Guru Besar dalam aspek kepemimpinan kurikulum. Jadi apabila saya beralih menjadi Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) maka satu daripada 'pendekatan' yang saya gunakan ialah menyampaikan mesej tertentu berdasarkan situasi, tabiat, tingkah-laku, kepercayaan, world-view peribadi guru yang tidak kongruen dengan falsafah pendidikan dan aspirasi negara serta nilai-nilai murni seorang mukmin, dalam setiap perbincangan bersama dengan rakan-rakan guru melalui satu Nota Khas.

Tujuan utama saya ialah bagi menyedarkan diri saya dan rakan-rakan pendidik bahawa menjadi guru bukan setakat masuk kelas mengajar (bagaimana pula yang tak masuk mengajar?) tetapi lebih daripada itu...yakni mengajar sebagai satu ibadah! Melalui nota khas ini saya menyentuh pelbagai aspek diri dan kehidupan seseorang guru bagi membuka minda dan mencetus inspirasi di samping mendorong diri ini meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, mengubah paradigma dan stail berfikir serta mengubah tingkah-laku kepada tingkah-laku yang lebih matang, lebih positif, lebih inovatif, imaginatif, kreatif dan produktif.

1. Bukan kepada SIAPA betul tetapi kepada APA yang betul;

2. Perubahan bukan semata-mata kerana hendak berubah tetapi kepada

MENGAPA perlu berubah dan APA yang perlu diubah;

3. Mengutamakan dan meletakkan konsep KITA (teamwork) mengatasi

pemikiran AKU (egoistic and individualistic);

4. "Walk My Talk'...cakap serupa bikin bukan kata-kata rhetoric tanpa bukti

yang nyata terperi;

5. Menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu

ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah dan

bijaksana;

No comments: