Permulaan tahun bersua kembali. Kebiasaannya bersempena dengan permulaan tahun ini pelajar akan membuat keazaman dengan pelbagai janji untuk dipenuhi sepanjang tahun. Namun jika tidak disusuli dengan perancangan dan tindakan yang tepat dan berfokus maka keazaman akan lesap dan janji akan dimungkari oleh diri sendiri. Dengan erti kata yang lain perancangan di awal tahun ini akan menentukan hasilan di akhir tahun nanti.
Oleh sebab itu pelajar-pelajar harus membuat penentuan, perancangan serta hala tuju yang tepat agar ia menjadi tonggak kepada hasilan tindakan.
No comments:
Post a Comment