Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Jul 14, 2008

Pelakon Beribu Wajah

Oleh; Nur Aqilah


Jan Leighton, seorang pelakon yang dikenali mempunyai beribu-ribu wajah. Beliau telah membawa
pelbagai watak tokoh ternama seperti Benjamin Franklin, Albert Einstein, Stalin, Leonardo da Vinci dan Margaret Thatcher. Dia melakonkan lebih 12,300 persembahan untuk produksi korporat, komersial dan persembahannya menggunakan pakaian daripada koleksinya sendiri.

Teknik Tenang Diri


Oleh, al-Misri

Teknik Tenang Diri (TTD) merupakan salah satu daripada kaefah mengatasi tekanan yang berkesan. Teknik ini diperkenalkan oleh Dr. Edmund Jacobson pada tahun 1902 dan dikemaskinikan pula oleh Benson sekitar tahun 1950-an. Satu daripada teknik ini dikenali sebagai "Pengenduran otot-otot secara progresif". Cara pengendalian adalah seperti di bawah:


1. Teknik-teknik asas
a) tegangkan otot-otot badan secara berasingan
b) tegangkan otot-otot berkenaan selama 5 saat
c) lepaskan ketegangan itu perlahan-lahan dan pada masa yang sama, katakan melalui fikiran: "lepaskannya keluar'
d) tarik nafas panjang
e) semasa menghembus nafas keluar, katakan melalui fikiran:"lepaskan semua ketegangan keluar"

2. Latihan pada kumpulan otot-otot badan
a) Kepala dan muka
i. kecutkan dahi
ii. tutup mata dengan rapat
iii. buka mulut seluas yang boleh
iv. tolakkan lidah ke atas langit-langit mulut
v. ketatkan otot-otot di sekitaran mulut dengan cara menggigit dengan kadar yang agak kuat

b) Leher dan tengkuk
i. baring dan dongak kepala anda hingga ke tahap maksimum
ii. tunduk kepala hingga dagu mencecah dada anda
iii. sandarkan kepala ke kiri hingga telinga kiri mencecah bahu kiri anda

c) Bahu
i. angkat kedua-dua bahu anda hingga mencecah kedua-dua cuping telinga
ii. kemudian angkat bahu kanan sahaja sehingga boleh mencecah cuping telinga kanan
iii. ulang untuk bahagian kiri pula

d) Tangan dan jari
i. angkat kedua-dua tangan dan genggamkan kesemua jari dengan ketat
ii. jikalau anda duduk dan berbaring, tekan tangan kanan di permukaan tempat anda sedang menjalani latihan ini dengan sekuat hati, kemudian lakukan latihan yang sama pada tangan kiri
iii. bengkokkan tangan anda di bahagian siku, genggamkan tangan dan ketatkan seluruh otot tangan. Buat pada tangan kanan dan kemudian pada tangan kiri.

e) Dada
i. tarik nafas panjang
ii. ketat dan tegangkan otot-otot di bahagian dada

f) Belakang
i. bengkokkan belakang dengan cara menolak kedua-dua tangan ke belakang
ii. bengkokkan badan ke depan supaya otot-otot di belakang badan terasa tegang

g) Perut
i. ketatkan kesemua otot di bahagian perut
ii. tolakkan otot-otot perut keluar (kembungkan atau buncitkan perut)
iii. tarik ke dalam otot-otot perut

h) Punggung, kaki dan jari kaki
i. ketat dan kecutkan punggung anda
ii. tekan tumit anda di atas permukaan tempat anda sedang berlatih
iii. kecutkan semua jari kaki ke bawah seolah-olah boleh mencecah tapak kaki anda
iv. kembangkan jari kaki ke atas seolah-olah boleh mencecah lutut anda

Seseorang yang ingin melakukan latihan ini harus menegangkan dan mengendurkan kesemua 14 kumpulan otot-otot dalam badan satu persatu dan tiap pergerakan harus diberi perhatian yang sepenuhnya. Dengan cara memberi tumpuan kepada penempatan otot-otot dan perbezaan ketegangan dan pengenduran, individu dapat mengalami sensasi ketenangan seluruh tubuhnya dan pada masa yang sama, memberi ketenangan kepada jiwanya.

Pesan Bestari


Tingkatkan taqwa....cekalkan
semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau
lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

PENDAHULUAN : MENGAPA PEMBELAJARAN SANGAT PENTING?

oleh ; al-Misri

‘Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu ?’

Az-Zumar (39) :9

Ayat al-Quran di atas, mengambarkan bahawa ilmu itu sangat rapat hubungannya dengan pembelajaran individu. Ilmu sangat penting kepada manusia. Semua manusia memerlukan ilmu melalui proses pembelajaran untuk memandu dan membangunkan kehidupan secara individu, berkeluarga, bermasyarakat, dan bernegara. Namun demikian masih ramai manusia tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan ilmu & kepentingannya. Lantaran itu, mereka tidak tahu bagaimana pula untuk meningkatkan ilmunya. Apakah hubungan ilmu dengan pengetahuan, pemikiran, idea dan minda?

Bagaimana pula untuk menjadikan tingkah laku seseorang boleh dijanakan berdasarkan ilmu? Bagaimana pula ilmu ini boleh diterapkan dalam masyarakat sehingga menjadi masyarakat yang berbudaya ilmu, masyarakat yang terjelma dalam amalannya semua aspek yang didasarkan kepada ilmu?

Akibatnya terdapat mereka yang meremehkan ilmu, tidak dapat membezakan antara manusia yang berilmu, yang kurang berilmu dan tidak berilmu. Dan yang malang sekali terdapat juga mereka yang tidak berusaha untuk meningkatkan ilmunya sama ada dalam usaha untuk membangunkan dirinya, keluarganya atau negara dan tamadun ini keseluruhannya.

Ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk memilih apakah aktiviti yang dapat menjanakan ilmu dan bagaimana berinteraksi dengan ilmu dan bagaimana pula ilmu itu perlu dibangunkan. Kepada manusia yang begini, ilmu merupakan “barang” yang telah hilang daripada mereka.

Proses pembelajaran dalam meneroka ilmu adalah satu-satunya kriteria utama yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain. Walaupun ada sesetengah pandangan yang menyatakan bahawa binatang seperti anjing, kuda, gajah, burung dan sebagainya boleh diajar untuk ditingkatkan pengalaman mereka, tetapi ilmu yang dimiliki oleh manusia amatlah luas dan lebih hebat daripada ilmu yang mampu diperolehi oleh makhluk yang lain. Dalam hal yang sangat terbatas, manusia mungkin dapat memahami tingkah laku manusia yang diambil iktibar daripada tingkah laku binatang seperti kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi seperti Skinner dan Povlov. Namun sebenarnya kebolehan dan potensi manusia jauh lebih hebat daripada binatang seperti kemampuan untuk berimaginasi dan kemampuan untuk menghadirkan makna dalam diri. Ini tidak lain kerana manusia mempunyai kebolehan untuk menimba dan mengimarakkan hal-hal yang berhubung dengan ilmu keseluruhannya.

Dengan ilmu yang dimiliki oleh manusia, mereka mampu untuk melakukan perubahan diri dan persekitarannya. Dengan kata lain, manusia boleh berkarya, kreatif, inovatif dan melakukan pelbagai aktiviti dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Ini akhirnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, serta memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sesuatu

tamadun. Tidak ada satu tamadun pun yang wujud di dunia ini dibangunkan oleh mereka yang tidak berilmu, walaupun sebahagiannya dilaknati oleh Allah s.w.t.

Dalam mencatat kronologi sejarah tamadun manusia Courtlandt Canby (1980) melalui bukunya Archaeology of the World telah menyenaraikan rentetan tamadun manusia yang bermula sejak 10 000 S.M., yang bertempat di Timur Tengah hinggalah ke Timur Asia dan ke Amerika Latin. Dari sistem pertanian yang mudah di Jericho, Catal Huyuk pada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti Tamadun Mesir Purba dan Babilon, Tamadun Yunani, Tamadun Romawi, Byzantium dan Parsi, Tamadun China, Tamadun India dan Tamadun Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap tamadun yang dibangunkan, dibangunkan atas sistem ilmu dan nilai budaya yang mereka amalkan. Manusia zaman silam juga telah pun mempunyai tanggapan yang tersendiri tentang alam yang mereka diami ini. Dalam rentetan sejarah manusia, manusia telah membangunkan tamadun silamnya yang cukup hebat [ Wan Fuad Wan Hassan, 1990]. Malah Tamadun Barat Moden yang merupakan tamadun terbaru yang dibanggakan ini juga tidak terlepas daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh tamadun tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa pembelajaran bagi memperolehi ilmu juga merupakan asas pembinaan manusia. Perbezaan yang paling ketara antara seorang manusia dengan manusia yang lain adalah ilmu yang dimilikinya. Malah kualiti manusia bergantung kepada kualiti dan nilai ilmu yang dimiliki oleh

seseorang. Masyarakat akan melihat seseorang itu bukan sekadar wajah dan perhiasan dirinya, tetapi ilmu yang mereka miliki. Lebih tinggi dan hebat ilmu yang dimiliki oleh seseorang, akan lebih berguna dan bermanfaatlah insan tersebut dalam proses membangunkan persekitaran, masyarakat dan negaranya. Khususnya bagi umat Islam, lebih tinggi ilmu yang dimiliki oleh seseorang umat Islam, akan lebih meningkatlah martabat dirinya dan memudahkannya untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Di sisi Allah s.w.t orang-orang yang berilmu diangkat martabatnya berbanding dengan mereka yang tidak berilmu. Allah s.w.t berfirman,

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat’.

Surah Al-Mujaadilah (58):11