Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



May 15, 2010

Itulah Cikgu...

Gelagat Guru

Pesan Buat Teman Seperguruan...

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

Guru : Antara Martabat dan Gelagat

Tema sambutan Hari Guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa" amat mendalam yang sepatutnya menjadi satu penggerak untuk guru-guru meneliti dan mengkaji segala aspek berhubung profesion keguruan dalam satu ruang lingkup yang luas dan mendalam. Imej dan martabat guru dan keguruan telah banyak terhakis tidak patut menjadi sesuatu yang menghalang kaum guru daripada terus meningkatkan semula imej ini dengan melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab tugas seperti yang sewajarnya ke tahap yang paling maksimum terutama di dalam era 'globalisasi' dan dalam usaha kerajaan menjana prasarana dan ketrampilan pekerja-pekerja sektor perkhidmatan awam dalam K-ekonomi.

Walau apa pun sebab yang diberikan, kita kaum guru wajar menerima pandangan Ketua Pengarah Pelajaran, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom yang disebut sebagai berkata bahawa, imej profesion keguruan akan lebih sempurna apabila guru-guru mahir dalam perkara berkaitan kaedah pedagogi. Jika guru menguasai kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal maka ini akan membantu memartabat dan memulihkan imej profesion keguruan ini. Tambahnya lagi jika kaum guru berjaya menghayati tiga aspek ini, adalah tidak mustahil kaum guru akan menjadi kumpulan pemikir yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat seperti satu masa dahulu.

Ketahuilah bahwa 'martabat guru dan keguruan' bukan terletak atau meminta pihak lain memberikan pengiktirafan sebaliknya guru sendirilah yang mesti berusaha ke arah itu. Sayangnya berapa ramai pula guru-guru yang tidak melambangkan ciri-ciri seorang guru yang unggul melalui 'gelagat' yang mereka sendiri lakukan: tidak memenuhi standard kualiti kerja, sikap keilmuan yang dangkal dan tidak memfokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle menyebut; "Kebanyakan sekolah mempunyai guru-guru yang cemerlang, setengahnya guru-guru 'mediocre', dan setengahnya pula mempunyai guru-guru yang tidak termasuk ke dalam profesion tersebut." Ertinya di samping terdapatnya guru-guru yang memang cemerlang namun sekolah-sekolah kita tetap mempunyai guru-guru bermasalah, guru-guru yang 'burnt-out', guru-guru yang 'sakit mental', dan paling memalukan terdapatnya segolongan guru-guru yang 'tidak boleh digelar guru' langsung dan seribu satu macam lagi. Apakah gejala-gejala negatif ini bukan penyebab kepada kemerosotan nilai dan imej kaum guru di mata masyarakat?

Pemujaan kepada 'materialistik' menyebabkan ramai guru melakukan 'kerja sampingan' (kadang-kadang sudah jadi utama) yang sudah diketahui umum. Masa di sekolah sudah tidak bertumpu kepada P&P lagi sebaliknya 'hati sentiasa teringat' akan 'kerja-kerja luar' yang menambah pendapatan walau pun kebajikan murid dikorbankan. Berapa ramai pula guru-guru yang nampak melebihkan masa dan tenaga untuk kelas-kelas 'tusyen' berbanding kelas rasminya di sekolah? Bagaimana pula sikap guru termasuk para pentadbirnya yang melebihkan 'main' daripada proses P&P; Ujian Bulanan tidak jadi keutamaan, boleh ditunda-tunda sesuka hati walau telah ditetapkan oleh Jabatan? Bagaimana pula kualiti kerja dalam menyediakan soalan-soalan nampak sangat melepaskan batuk ditangga, buat secara ala kadar sahaja membuktikan 'hati perut' sebenar seorang guru yang tidak 'malu' mempamerkan kerjanya yang tidak bermutu? Bagaimana pula tingkah-laku guru-guru kita ketika berada di sekolah sepanjang hari adakah benar-benar mengajar sepenuh hati? Atau adakah tidak berlakunya sindrom guru-guru yang 'busy by doing nothing'? yang pandai berlakon dan bersandiwara, yang menjadi 'jelatang' dan 'petualang', yang menjadi 'duri dalam daging' kepada sekolah dan organisasi? Dan paling berat ialah guru-guru yang dihinggapi penyakit 'hati' yakni malas, culas, cuai, ghaflah, resah, gelisah, suka berborak, lambat bertindak, buat kerja hendak tak hendak, banyak masanya habis di kantin, datang sentiasa lambat tapi baliknya selalu pula cepat, sentiasa cari peluang untuk 'tuang', dan bersikap semua peraturan dan undang-undang tidak betul kecuali dirinya seorang!

Adakah kita sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling merelakan situasi seumpama ini berlaku dan terus berlaku di sekolah yang kita terajui dan tadbirkan? Oleh itu kita wajib membetulkan keadaan, 'mengubat penyakit' yang ada di sekolah kita masing-masing agar tidak ada lagi rakan-rakan guru yang tersasar dan 'sasau', agar sikap dan tingkah-laku kita semua sama-sama dapat mengangkat 'martabat profesion keguruan' ke tahap yang paling agung dan mulia.Ù±

Antara sifat dan gelagat

antara bijak dan bejat

bagaimana bisa mengangkat martabat dan darjat

guru dan keguruan dalam dunia tanpa sempadan

lautan ICT yang tidak bertepi K-ekonomi jadi dagangan

jika profesionalisme dan profesionaliti

tidak digarap dan tidak dihayati ke tahap tertinggi

tidak kira berapa umur kronologi

maka guru sebenar guru

ke sekolah ia tidak jemu

mengajar ia tidak lesu

meneladan ia tidak jeran.

Kitalah Guru Itu...

Guru kekal sebagai guru, walau berzaman ditelan waktu, walau telah ramai berjaya muridmu, guru tetap di takuk itu. Namun percayalah para guru, jasamu tetap terpahat terpaku, dilubuk hati anak didikmu, walau emas jadi tandinganmu, kau tetap teratas dan nombor SATU.

May 12, 2010

PENGURUSAN MASA

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.

Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan dii sini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk:

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beriadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.

Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan tang cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perharian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan.

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.

1. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan dalam diri pelajar.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir.

Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.

Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

2. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik.

Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya tiada kaitan langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Ramai pelajar tidak mengetahui dan menganggap ini satu perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita sepatutunya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi tekanan dan bebanan di rumah nanti.

Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan. Kerana apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke tempat yang dituju.Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita menggunakan peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya digunakan dengan berkesan dan terbaik.

Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berlaitan dengan hal pelajaran. Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri).

Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik. masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar lemah. Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan dan ditentang.

Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain perlu dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita bebar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.

Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.

Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.

Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan penuh bermakna.

Daya Kejayaan Imaginasi Kreatif

Akal fikiran adalah sumber semulajadi yang paling efektif, akan tetapi sumber ini jarang digunakan setahap dengan kemampuan yang sebenarnya. Otak adalah sebuah komputer ajaib yang boleh menganalisa dan boleh membuat pertimbangan lebih dari komputer sebenarnya. Ia adalah menjadi punca kemampuan manusia yang sungguh besar. Jika kita hanya menggunakan 10% dari kemampuan kita yang sebenar, maka kita sudahpun tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya. Akan tetapi terlalu sedikit bilangan orang-orang yang berjaya di dunia ini berbanding dengan mereka yang gagal atau sederhana kehidupannya. Ini bermakna terlalu banyak manusia gagal menggunakan walau 10% daripada kemampuan mereka yang sebenarnya.

Berjaya atau kejayaan di sini bukannya soal bersangkutan dengan wang ringgit dan harta kekayaan semata-mata tetapi juga soal tercapainya apa yang dicita-citakan seperti sihat, bahagia, keharmonian rumahtangga, pendidikan, kreatif, pembangunan, berkuasa, berpengaruh dan lain-lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan imajinasi kreatif? Ianya ialah Daya Kejayaan. Iaitu suatu gambaran di fikiran tentang keadaan atau suasana yang kita cita-citakan ingin kita jelmakan ke alam nyata ini agar menjadi suatu realiti kehidupan.

Daya Imaginasi inilah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Kita sebagai manusia dapat merancang dan mengatur kehidupan masa depan dan ianya menjadi suatu tanggungjawab peribadi kita tanpa bergantung kepada daya imaginasi orang lain.

Kita bebas untuk menggunakan daya tersebut untuk merancang kehidupan seperti apa sahaja yang kita ingini. Keinginan itu juga merupakan suatu tenaga yang menimbulkan medan magnet melalui getaran elektrik emosi.

Apa bezanya seorang yang berjaya dengan yang gagal? Ada orang berjaya yang gagal. Misalnya jutawan, doktor, penyanyi terkenal, pemimpin terkemuka yang gagal mempunyai rumahtangga yang sempurna atau memiliki kesihatan yang baik. Itulah yang dikata nasib. Ada orang yang mana kejayaan dan nasib sentiasa menyebelahinya hinggakan ia menjadi orang yang benar-benar boleh dicontohi. Inilah yang dikatakan keberkatan.

Ada orang yang mempunyai nasib baik tetapi gagal memanafaatkan nasib dan peluang tersebut hinggakan ia menyesal seumur hidupnya. Hidup dengan berputih mata melihat kejayaan orang lain sedangkan ia suatu masa dahulu berpeluang untuk mencapainya. Bagaimanakah caranya untuk sentiasa bersedia dan berjaya dalam menjayakan segala peluang yang hadir dan boleh pula menciptakan peluang-peluang lain dan membuatkan nasib sentiasa menyebelahinya. Inilah rahsia yang tersembunyi dalam Daya Kejayaan Imaginasi Kreatif.

Daya ini merupakan cara untuk kita mengaktifkan sumber kejayaan yang terpendam dalam diri. Ianya adalah pemerintah kepada daya kemampuan diri. Kita hidup dalam tiga dimensi dan kadang-kadang tersentuh ke dimensi keempat, tetapi alam semesta ini sebenarnya mempunyai lebih banyak dimensi. Dari dimensi-dimensi itulah terletaknya kesempatan-kesempatan yang dapat kita tarik dan digunakan untuk mencapai apa yang kita ingini. Daya inilah merupakan kaedah atau alat untuk membuka saluran-saluran dari dimensi lain yang mempunyai berbagai kekayaan alam semesta yang boleh ditarik.