Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Feb 28, 2010

Maulidul Rasul

TAHUN HARIMAU

Seorang pemburu bertembung dengan seekor harimau. Terperanjat dia, tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu berkumat-kamit mengati doanya, dia sempat menjeling ke arah harimau. Dia ternampak bahawa harimau itu juga sedang menadah

kedua kaki hadapannya dan berdoa.

Pemburu : "Hai harimau... kau pun sedang berdoa ke?"

Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."

ILMU DAN HARTA

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. -Saidina Ali bin Abi Talib

Feb 8, 2010

Terfikirkah kita...

Pernahkah kita terfikir, sejauh mana kita boleh pergi dalam meneroka potensi diri ...

Pengurusan Remaja

Pada ketika remaja mengalami tahun-tahun akhir keremajaannya dia sepatutnya dididik mempersiapkan diri melangkah ke alam dewasa. Selalunya fasa ini merangkumi usia antara 17 hingga19 tahun. Apabila remaja menjangkau 19 dan 20 tahun, sebenarnya dia sudah berada di ambang awal dewasa. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja pada fasa ini adalah cara-cara menguruskan kehidupannya. Kemahiran sosial dan cara berinteraksi dengan masyarakat luar adalah satu tuntutan dalam dunia teknologi maklumat kini. Halaman-halaman berikutnya memaparkan beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh remaja dalam membantu mereka lebih bersedia melangkah ke alam baru.

Menjana idea

Antara langkah-langkah yang perlu bagi menjana idea remaja adalah : Mencabar Tradisi Berfikir luar daripada kebiasaan dalam mencari jalan yang lebih berkesan. Brainstorming atau mencambahkan pemikiran Bagi menjayakan proses ini kelompok antara 3 hingga 8 orang diperlukan. Setiap orang mengemukakan idea masing-masing tanpa sekatan. Menghasilkan idea baru Fasilitator diperlukan bagi memastikan sesi pengembangan idea baru sentiasa maju ke depan. Menggalakkan Proses Kreatif Remaja perlu digalakkan berfikiran kreatif. Mereka perlu dilantik supaya berani mengeluarkan idea dan pendapat. Antara cara menggalakkan proses kreatif adalah dengan mengendalikan mesyuarat. Dalam suasana mesyuarat yang selesa dan mesra langkah-langkah berikut boleh diambil :

  • Setiap orang yang hadir membawa dua atau pun tiga idea.
  • Setiap orang mesti diberi peluang menyatakan pandangan.
  • Aliran kreatif idea tidak boleh disekat.
  • Perbincangan perlu difokuskan pada perkara yang dibincangkan.
  • Bagi mereka yang suka berfikir seorang diri, minta mereka menulis idea mereka supaya dapat dibentangkan.
  • Galakkan pemikiran lateral dan pemusnahan (breakdown) pemikiran logik.
  • Kumpulkan semua idea dalam beberapa kelompok sehinggalah ia menjadi banyak kumpulan idea-idea yang berhubungan. Pendekkan senarai idea ini.
Jangan mengkritik mana-mana idea di depan rakan anda.