Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



Sep 15, 2008

Posmen Dan Kad Hari Raya

Seorang posmen yang datang menghantar kad hari raya... Posmen: "Assalamualaikum" En. Faridah: "Walaikumsalam" Posmen: "Ni rumah encik Faridah ye? En. Faridah: "Ya saya" Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni" En. Faridah: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos kan aje?!!" Posmen: "Betul jugak yer!???"

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR...

Oleh; Zun-Nun

Wahai insan...renungkah dikau tentang nasib diri? wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati ? wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi? andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali. Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...adalah sesuatu yang pasti. Andai... kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu, merayu, memohon kepada-Nya Tuhan yang satu. Andai kau tahu... ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu dalam damai khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] Andai kau tahu ini... Ramadhan terakhir tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau syairkan...bakal kau dendang. Andai kau tahu ini Ramadhan... terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan berterawih...berqiamullail...bertahajjud... mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu" oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hambaMu ini. Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan dengan kesungguhan taqwa kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan. Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir memperkemaskan diri rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail dengan wajah tenang di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman . Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... menerangi kegelapan hati-hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu semoga bakal mewangi kehidupan kami di sana nanti. Namun teman... tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belasNya. Dan... andai benar ini Ramadhan terakhir,

ampunkanlah segala dosa

maafkanlah semua kesalahan

moga kita dijemput kehadapanNya dengan senyum dan berlapang dada.

Dia Dan Bumi Sakura

Hampir lapan tahun aku tak mendengar berita mamat ni....Hizandie Shuaib merupakan seorang sahabat akrab dan merupakan junior aku di IBMM (Institut Bahasa Melayu Malaysia) suatu ketika dulu. Namun, kini beliau sedang menyambungkan pengajian dalam pengkhususan bahasa Jepun di Tokyo Japanese Language Education Center, Japan . Tapi yang peliknya, bahasa Melayu dia pun tak pernah nak betul.... Jangan marah ya & semoga berjaya bro... Oh ya, jangan lupa ajar orang Jepun macam mana makan belacan. p/s - Sebagai penghormatan aku dedikasikan gambarnya di laman Suara Sang Minda kali ni.

Adab Berpuasa dan Solat Terawih

Oleh; Zun-Nun

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya; 2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia; 3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal; 4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei) Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim); 5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai; 6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.