Diari Kenangan Terindah

Untuk Tetamu Yang Sudi Singgah

Hari ini,

aku sempat menjenguk pantai akal yang sarat maklumat di dadanya aku akan pastikan sejarah terus mengalir tanpa noktah namun salam penghargaan tetap kukirimkan buat tamu sulung yang sudi singgah.



Terima kasih dan salam penuh hormat (al-Misri)

p/s- Kepada para tetamu, jangan lupa sign in my guestbook ok...



May 15, 2008

SELAMAT HARI GURU ......




DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
SUARA SANG MINDA
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA GURU SELURUH DUNIA...

TERIMA KASIH ....CIKGU

DARIPADA : AL-MISRI

WAJAH GURUKU


WAJAH GURUKU

(Dedikasi buat guruku yang tercinta)


Masih sempat kulihat lagi wajah jernih guruku

mengajar tulis baca mendidik jadi mulia

menyemai nilai dan janji agar hidup terus berbakti

dialah yang menerangi setiap urat dan nadi

penyuluh kegelapan diri.


Kau jurutera bangsa, jurubina umat, jurubicara rakyat

tutur katamu seindah bestari

gaya tingkahmu contoh abadi

didikanmu bijak merentasi teknologi

terkadang ramai memuji dan tidak kurang yang membenci.


Biarkan detik hari membawa lelahmu, guruku

beban yang tergalas di pundak jiwa

dengan gigih sabar tatkala kau mengajar

petah berkata-kata agar dewasa tidak pendusta

bijak membilang bila besar bukan petualang

cantik melukis agar dewasa tidak mengemis

belajar teratur agar tidak jadi pengotor

cuba hargai masa agar hidup tidak berdosa

diajar apa sahaja untuk kenal Tuhan Yang Maha Esa.


Benih yang kau tanam sepanjang hayatmu

berbajakan wang, keringat dan air mata

dengan tidak bertanya untung dan berapa upahnya

kau menjerut masa dari milik keluargamu

dalam melahirkan insan yang beriman dan berilmu

kini kau mampu tersenyum puas

melihat kami dengan kejayaan yang tergalas.


Kubuka semula lembaran sejarah citra

di sana pernah kulihat guruku hebat bersukan dan berbudaya

sekolah ibarat pentas sandiwara guruku pelakon yang dibangga

sesekali berurai air mata dan terkadang senyuman mencapai telinga

walau sedih bersulam pilu atau suka bersulam rasa

dia tetap memikir esok hari mengajar apa

untuk muridnya lebih tahu berdiri di kaki sendiri.


Hari ini

ingin kukalungkan kuntuman bunga syurga

berserta doa dari kesetiaan yang satu

agar guruku tetap sejahtera menabur jasa

dari setiap titisan ilmu yang mengalir

meresapi jantung tanah air

hingga geraknya berakhir.


al-Misri

Ulu Tiram, Johor.


May 6, 2008

Berita Kepada Kawan

Khas untuk kawan-kawan yang sudi singgah...

TONGKAT BINTANG

oleh; al-Misri

Saat masa berlalu kau

masih di situ

awan hitam menghantui langkah-langkahku

itu pilihanmu


Sandarkan seluruh minda

dan ungkapan rasa

dengan alunan cinta



Bangunlah kau wahai jiwa

tongkatkan bintang di sana

rawat keinginan lelah dan kecewa


Bangunlah berlapang dada

biar pilu bersamalah bintang menari

nada penyesalan hati


Aku tak bisa luluhkan hatimu

aku tak bisa memayungi lagi cintamu

seiring waktu yang terus berputar

percayalah kau tak aku sesali.

Hasutan Sang Paderi

oleh al-Misri

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.


Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.


Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.


Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.


Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.


Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.


Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.


Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.


Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.


Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Ciri Berpaksikan Prinsip Mengubah


Ciri Berpaksikan Prinsip Mengubah

Budaya Mediocrity Organisasi

oleh al-Misri



1. Setiap ibu bapa dan penjaga mempunyai hasrat yang tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah. Begitu juga setiap orang guru berhasrat agar anak didik mereka mencapai kegemilangan dalam pendidikan yang biasanya diukur dari aspek pencapaian akademik.

2. Sekadar berhasrat atau menaruh harapan adalah tidak memadai jika aspek-aspek yang 'fundamental' tidak diberi perhatian atau tumpuan secara serius.

3. Kecemerlangan memang sukar dicapai tetapi ianya bukan perkara yang mustahil terjadi jika unsur-unsur 'seriousness', 'strictness', 'timeliness', dan 'faithfulness' misalnya dapat diterapkan dalam setiap proses dan peringkat pembelajaran.

4. Bagaimana kita mengenali unsur-unsur ini sudah dihayati atau tidak terutamanya dalam hasil kerja-kerja kita? Sebagai contoh antaranya boleh dikesan seperti berikut:

· Tak dapat bezakan mana yang prinsip mana yang bukan prinsip.

· Tidak dapat ubah cara kerja kerana masih belum faham-faham hala tuju organisasi dan situasi semasa.

· Menyangka amalan sebelumnya sudah betul dan tepat tetapi sebenarnya tidak betul malah melanggar prinsip dan peraturan.

· Akhirnya wujud budaya mediocrity yang merugikan diri dan misi organisasi.

5. Marilah kita menilai segala persepsi, visi dan misi kita; prinsip hidup dan integriti diri; pemikiran, sikap dan perlakuan kita dalam hubungan penyempurnaan tugas sebagai guru yang berprofesionaliti dalam semua segi.

6. Sebagai orang-orang yang dianggap berpendidikan dan berhemah kita wajar dapat menunjukkan tahap penyempurnaan tugas sentiasa cekap dan berkesan yakni tidak dicemari oleh kerja-kerja kita yang separuh hati, ambil mudah, anggap remeh dan sebagainya padahal setiap orang telah diberikan senarai semak tugas berkaitan.

7. Oleh itu ke mana kita akhirnya jika kita masih gagal belajar dari kelemahan dan kesilapan? Fikirkan pula bagaimana anak didik kita akan berubah dan bertambah maju jika kita sebagai guru-gurunya tidak berubah dan tidak bertambah maju?

8. Yang demikian kita sepatutnya berazam dan berusaha untuk menjadi kategori guru yang 'excellent' dan bukan setakat guru yang bergelar guru sahaja seperti kata Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1997);

"Most schools have some excellent teachers, some mediocre teachers, and some who do not belong in the profession. Master teachers can set the tone and pace of a school. Since many people are not proactive, these teachers can inspire others to lift their sights and adapt to the environment they create."

~ The Power Principle, page: 237

Kacang Hijau Dalam Telinga...


Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT,
kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia
membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang
tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan
kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit:

Cerita Dua Ekor Keldai

oleh Puteri Zulaikha

Sekali peristiwa dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang: seekor membawa garam di dalam beberapa karung diikatkan di atas belakangnya, dan seekor lagi membawa bunga karang (iaitu sepan) diikatkan kepada belakangnya juga. Maka tatkala mengharung melalui sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu telah tergelincir beberapa kali dan jatuh tergolek ke dalam air. Maka garam itu pun beransur-ansur larut; tiap-tiap kali ia bangkit air garam itu pun berlelehan turun dari kiri kanan rusuknya.


Akhirnya ia pun merasa ringan,. Setelah sampai ke tebing sebelah, melompat-lompatlah ia oleh kerana kesukaan.


Apabila dilihat oleh keldai yang membawa sepan itu ia pun hairan lalu ia bertanya kepada taulannya itu dengan bahasa keldai:

"Hai! Apa sebabnya awak telah menjadi terlampau suka ini? Tadi kawan tengok

awak terkial-kial di bawah beban awak itu; sekarang nampaknya awak sudah

ringan dan boleh berlari melompat-lompat dengan riang pula!"

Jawab taulannya itu:

"Masa kawan mula-mula tergelecek dan jatuh dalam sungai itu tadi kawan rasa beban di atas belakang kawan hancur menjadi air serta ringan rasanya. Sebab itu kawan pun sengaja membuat-buat jatuh lagi beberapa kali, supaya banyak lagi beban kawan itu hancur. Sekarang sudah ringan betul!"


Maka keldai yang membawa sepan itu pun menetapkan dalam hatinya hendak membuat-buat jatuh pula dalam air bila menyeberang anak sungai yang lain kelak, supaya bebannya pun menjadi ringan juga. Oleh itu apabila terjumpa sebuah anak sungai lagi dan ia turun mengharungi bersama taulannya itu hendak menyeberang, ia pun pura-pura tergelincir lalu rebah ke dalam air hingga bergolek-golek. Maka sengaja ia lambat bangun, kerana menantikan biar banyak bebannya itu hancur pula! Tetapi kasihan! Apabila ia bangun dirasanya jangankan bebannya itu bertambah ringan, malahan telah bertambah berat pula berganda-ganda daripada dahulu, sebab sepan itu semuanya telah penuh dimasuki air. Dalam hal yang demikian, mahu tak mahu berjalanlah juga ia naik ke tebing sambil mengerang dan mengeluh oleh terlalu beratnya, sepertikan hendak patah rasa belakangnya!



Ketika itu tuannya, yang dari tadinya telah memerhatikan sahaja akan kelakuan keldai itu dengan perasaan lucu, datang hampir kepadanya lalu berkata: "

Hai Si Dungu yang bebal!

Sungguhlah engkau ini bodoh dan tongong! Tiada engkau mengerti bahawa beban engkau dengan beban taulan engkau itu tidak sama jenisnya! Engkau hanya meniru dan mengikut-ngikut dengan buta tuli, tidak dengan fikiran dan faham yang terang! Padanlah balasan yang engkau terima ini dengan bodoh engkau itu!!


Bangsaku manusia pun banyak yang berbuat seperti engkau ini, mengikut-ngikut perkara yang mereka tiada tahu dan tiada mengerti!"


~ Pendita Za'aba


JANGAN BENCI - MEMBENCI

oleh Zun-Nun

RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.




Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-

1 Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"


Buat Kulit ?

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com