Tersenyum...

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?" Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir." Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?" Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"

Bercakap

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Manusia dan Pengetahuan

Ada banyak pohon: tidak semuanya menghasilkan buah.

Ada banyak buah: tidak semuanya boleh dimakan.

Juga banyak macam pengetahuan: meskipun demikian tidak semuanya berharga untuk manusia.

~ Nabi Isa a.s.

Untuk Orang Cantik...

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.